Chan Rak Ter

Aku Cinta Kamu.... haaa tu bahasa melayu punya. Saya ambil masa 1 hari 1/2hari untuk habiskan 606 muka surat. Laju tak? Hehehe.. penulis Sara Aisha. Cerita mengenai hero Thai bertemu heroin Malaysia. Cerita yang ada adegan culik, pistol, menjerit, bunuh tapi tidakla sarat sangat. Bagus penulis ni menggambarkan keindahan rumah dan halaman rumah bangsawan Thai. Sampaikan saya fikir WOWWW betul ke ada macam ni. Jalan cerita menarik cuma mungkin saya tak berapa gemarkan dialog yang meleret-leret. Sedikit sebanyak terselit bahasa Thai yang mudah seperti selamat datang, kenapa, hello. Untuk novel ke 3 saya dalam bulan ini, saya bagi 3/5. Cuma novel ni menyebabkan saya berfikir begitu buta nya cinta dan begitu mudah menukar agama. Heroin nya pula begitu mudah menerima pelawaan pemuda asing. Adakah memang begini kehidupan? Hurmmm....

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil