Restoran Miyagi (Japanese Cuisine) @ Bangi

Rasa-rasa nak berbuka daripada lain. Macam mana kalau kali ini kita try pulak makanan jepun. Mungkin lepas ni rasa nak cuba kan. Kalau rasa nak awet muda leh cuba selalu hikhikhik. Restoran ini terletak sederet dengan hospital pakar an nur dan hospital az zahra. Nanti leh la tanya pada incik google sebab lupa lak dia kat seksyen mana bangi ni.

Well, makanan dia marvellous dan wallahhhhh... nyum nyum. Dari sushi, butter prawn (ni mesti kena cuba, menyesal nangis nanti terbayang - bayang), mi and nasi. Pelbagai menu dengan affordable price. Variasi makanan memang banyak. Rambang mata nak pilih.




Suasana di dalam dia memang betul betul macam kat Jepun. Macam korang tengok drama-drama Jepun dulu sebelum gelombang kpop melanda. Bayang jelah, dengan suasana macam tu, muzik, servis yang tip top, pelayan yang ramah, makanan sedap menjadi jadi. Gulp,... Posa posa..
Kena cuba tau. Sesapa yamg tidak makan sushi, mee pun ada dan nasi. Rugi !!!!

Sila scroll di bawah untuk cuba membayangkan keenakan dan keindahan tempat ini .. hewhewhew

kalau rasa rasa nak makan ala ala kat bar pun boleh. Feeling gitew

set sushi untuk saya. Banyak kan??? Kenyang wooo

macam masuk rumah jepun samurai x

butter prawn yang tangkap leleh ... :)

set ikan salmon.. unikkan presentation dia. Memang kelas gitew. Papan kayu tew, tak mainla pinggan ceramik putih ;)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil