Skip to main content

Housewife vs Kerjaya Part 2

Hari tu cerita pasal isteri yang berkerjayakan. So mula tu rasa sedih mengenangkan anak yang saya tinggalkan 12jam di taska 5 hari seminggu. Yelah terpaksa beb nak cari duit. Bak kata mak saya "duit bukanlah segalanya, tapi untuk mendapatkan keperluan terbaik untuk anak anak perlukan duit"  . So saya pun terpaksalah kuatkan hati demi mendapatkan keperluan tebaik untuk anak-anak.
Tetapi lama kelamaan saya mula mengada beri sugesstion kepada encik suami untuk ambil cuti tanpa gaji. Terus encik suami setuju. Maka bermula episod menjadi suri rumah. Mula mula tu seronok, best sangat sebab time freedom katakan. Suami ajak cuti je, terus set. Takyah pikir banyan-banyak lagi. Mungkin saya ni ialah insan yang takleh duduk diam, lama lama jadi bosan. Saya mula terjebak dengan menjual barangan secara online. Bes gakla sebab banyak dapat untung. Kenapa saya tak pilih jadi macam hai o agent? Premium beautiful atau jual mineralcoffee? Sebab senang je suami saya tak izinkan. Fullstop. Tapi jual barang online ni macam takde life sebab tak jumpa orang hahaha.. iye saya ni selalu jumpa kawan, kuar makan reramai, dah biasa sibuk dengan calculator kejar deadline so rasa macam something missing.
So setelah timbal balik, pikir macam orang tak betul, saya pun pendekkan cuti tanpa gaji saya. Dari 4 tahun kepada 1 tahun. Hahaha... saya pikir apa apa dalam kehidupan ini perlukan pengorbanan. Mungkin saya kena cari rumah dekat dengan tempat keje. Ada sesapa nak jual rumah kat petaling jaya? Saya nak beli.. amboii macam banyak duit je.
Saya sekadar kongsi pengalaman. Mungkin kamu semua ada pendapat masing masing. Terpulangla..

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…