Skip to main content

Housewife VS Kerjaya

Heading yang slalu ditulis di majalah dan dibincangkan di forum forum huhu.. tapi still nak post gak sbb saje nak share pengalaman sebab penah jadi dua-dua.

Tapi nowadays ramai housewife sekarang bukan setakat duduk di rumah sebab banyak yg terlibat dalam business online sebab menjadi tuntutan keperluan. Al maklumla cost living di Malaysia sekarang tinggi gak. Lagipun ada duit sendiri menjadi kepuasan untuk bershopping. Yup, perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan :) .
Setuju? Sila angguk kan kepala k.

Nak coret coret disini. Saya goverment servant. Kerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Tapi disebabkan rumah yang jauh dari tempat kerja saya menghantar anak di taska pada pukul 6pagi untuk menaiki tren pukul 630 pagi. Balik pulak, sampai di rumah pukul 630 petang. Saya ada masa dengan anak dari pukul 630petang sehingga pukul 930 malam, sebab saya train anak saya untuk dia tido awal. So saya hanya ada 3jam untuk saya berkomunikasi dan bermain dgn anak anak saya. Itupun tidak tolak untuk saya masak, mandi dan hal rumah yang lain.

                   5 hari bekerja × 3 jam  = 15 jam sahaja

Yang betul2 kualiti saya malas nak fikir. Sedih rasanya bila mengenangkan anak lebih banyak masa dengan orang lain.

Kenapa beli rumah jauh??? Mungkin tak ada lebih rezeki nak beli rumah dekat dekat.

So macam mana korang punye ye masa dengan anak anak??

Ok bagi housewife kite cerita part 2 nanti sebab saya nak gi bermain dengan anak saya dulu daaaaa....

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…