Dulu terpaksa ingat, sekarang lemah nak ingat

Dulu kita terpaksa ingat segala nombor telefon ayah, mak, rumah, toknenek, maklong, maklang, kawan next door. Siap ada picture memory, tengok telefon jek terus jari automatik leh tahu nak tekan nombor apa. Sekarang semua save dalam phone, bile ilang pos, akan post kat fb mintak kengkawan pm nombor telefon dorang. Sampai nombor telefon sendiri pun kengkadang boleh tak tahu. Mesti kena check kat phone book. Ish ish melemahkan daya ingatan. Kalau makan kismis bebanyak pun tak guna sebab tak asah otak tu hikhik

Dulu kalau parking kereta ma kat mall, siap hafal bagai petak berapa, tingkat apa, gambar apa, kuar kat lif mana. Suh pakwe hafal sama sebab takut kita tersalah dan tak ingat. Tapi sekarang, kuar kereta terus snap gambar tiang, terus simpan dalam kocek. Bila balik baru tengok gambar. Alahai.. pemalasnya rasa. Manjanya otak.

Kalau kita perhatikan, orang dulu dulu memang kuat ingatan, boleh tahu letak barang mana, siap kalau baca buku takperlu pakai penanda buku sebab tahu mukasurat mana baca tadi. Hebatkan. Kita kalau hilang barang, merata cari barang tadi letak kat mana dan siap cakap lagi "kalaula boleh misscalled, kan bagus".. hikhik mesti korang pernah cakap macam tu kan.

Kalau drive kereta dedulu, siap hafal picture memory landmarks, kedai apa kat sebelah kiri, nanti nampak apa selepas simpang. Tapi sekarang semua bergantung dengan gps. Bawak kereta terus on, takperlu susah-susah nak ingat bagai.  Hurmmm...

Sekarang saya macam dah insaf, not depends 100% pada phone saya untuk ingat segala bagai nombor phone. Cuba menggunakan sehabis baik otak. Takut nanti belum tua, tapi dah nyanyuk mengalahkan nenek umo 80 tahun hikhik










Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil