Iphone 5s VS Nokia 3310

Tajuk takleh nk blah.. hahaha.. hari ni xde Wordless Wednesday ye. Sebab rasa terpanggil untuk menaip coret coret disini. Acctually dah banyak kali incident ni berlaku di depan mata, cuma rasa nak menaip pasal ni boleh.
Situasi 1 : Ada satu pasangan masuk restoran. Mungkin suami isteri atau mungkin tidak. Tak kesahla kan. Duduk bertentangan antara satu sama lain. Order makanan, pap pap lepas tu masing masing keluarkan handphone dan terus diam. No conversation. Senyap. Lepas beberapa minit, si lelaki cakap, but perempuan jawab dan mata terus melekap di screen handphone.


Situasi 2 : Still di dalam kedai makan, satu keluarga masuk dengan 2 orang anak yang berumur lebih kurang 6 dan 3 maybe. Ayah dan mak siap siap order, ayah keluar phone, mak keluar ipad. Anak merengek rengek masing masing. Anak cakap dengan ayah, ayah tak pandamg muka, mata ,melekat kat screen phone. Bila makanan sampai, mak sibuk ambil gambar. Bila anak bising, terus bagi anak ipad. Diam !!
Keadaan ni bagi saya, cukup tidak menyenangkan. Fikir fikir sendiri, dan faham faham sendiri. Tepuk dada, tanyala hati.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil