Kerana 20sen dan Melayu Mudah Lupa

Hari isnin hari tu kerajaan umumkan kenaikan minyak ron95 sebanyak RM0.20. Malam tu penuhla stesen minyak dengan kereta beratur hingga menyebabkan kesesakan jalan raya. Dushh... macam nak perang.

Malam tu jugak, banyakla tweet, facebook dan semua medan media sosial menghamburkan kata kata tidak puas hati, marah-marah, dan mengamuk. Alahaiii.. ahli ahli politik pun mulalah berlagukan tuding menuding, semarakkan api.. yup memang betul....  mulala kerajaan memberitahu kenaikan br1m. Tapi bukan semua yang dapat. Panas panas

Semua orang jadi panas. Orang orang MLM mula mencari ruang mengembangkan sayap dan menjual barang, post gambar macam macam.. yelah side income sekarang ni kan penting.

Dalam minggu ni, banyak sangat kenaikan harga. Terbaru pengusaha bas dah luluskan untuk naik tambang. Mendadak betul. Terfikir kengkawan yang gaji suami isteri rm3000 sahaja. Alahai, hidup makin tertekan.

Tapi semua ni sementara, orang marah marah ni sebulan jek. Rakyat malaysia ni mudah lupa. Semua redha dan pasrah. Terima jek. Betulkan? Apa kuasa rakyat?? Bersyukurla, malaysia ni kan aman!!! ;)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil