Restoran @grill, Bangi


Sila google yek di mana restoran ni. Fuhh kalau pasal makan, konpem saya explore bangi. Bangi ni dah macam syurga restoran. Banyak sangat pilihan. Dari timur ke barat, dari murah ke mahal, dari warung biasa ke restoram eksklusif semua ada.

Restoran ni saya terjah after balik dari Tambun hari tu. Sesaja nak merasa. Sedap ke tak. Restoran ni dari segi deco, ada kelasssss. Macam mana saya tahu pasal restoran ni?? Saya tahu sebab masuk dalam program jjcm tv3 tu.






Order makanan western la of course. Plating memang terbaek. Servis memang tiptop tapi dari segi rasa memang keciwa habes habesan. Alahai biasa biasa jek. Boleh bagi 2.5 out of 5 la. Pasta dia masin sikit, stik dia keras mak oooii. Tu yang keciwa. Takpelah korang tgk jek gambar gambar ni.. Memang taknak pergi dah, kalau nak pergi pun kena fikir banyak kali sebab labur duit banyak but makanan dia tak berapa nak bes.
*Stik yang keras, bahan marinated dia pun tak berapa nak bes. Sos dia pun takde pilihan sebab selalunya western restaurant ni ada pilihan sos apa yang kita nak.

*burger yang saya order. Daging burger dia kering. Tak moist

*kids menu.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil