Boh Tea Centre @ Sg Palas, Cameron Highlands

Percutian ni dah lama kami pergi, tapi baru berkesempatan nak update. Disebabkan tekanan kerja yang melampau, dan nak elak motivasi turun ketika bekerja, jadi weken kami manfaat sepenuhnya untuk pergi jalan-jalan luar bandar. Destinasi yang kami pilih kali ni, Cameron Highlands. Tapi untuk post ni, saya hanya nak bercerita tentang BOH TEA CENTRE. Di Cameron ni ada 2 tempat kalau nak tengok ladang teh. Satu Bharat Cameron Valley dan BOH TEA CENTRE. Bharat Cameron Valley ni hanya berdekatan dari jalan besar. Tapi dek dinasihatkan oleh adik suh g yang tempat adventure sikit, maka kami pilih BOH TEA CENTRE.

BOH TEA CENTRE ni terletak berdekatan dengan Kea Farm Valley. Dari jalan besar nak ke tempat ni 3.5km. Jalan masuk time kami pergi ni kecil dan ada construction, so memang habes kereta kotor. Jalan so adventure sebab berliku-liku dan di tepu lereng-lereng bukit kebun teh. Kalau bertembung dengan kereta dari arah hadapan, terpaksa stop. Masa kami pergi dalam pukul 9pagi, dan tak ramai lagi pelancong. So selamatla. Mengambil masa lenih kurang 25minit gak nak sampai ke atas tu. Fuhhhh... memang menakutkan jalannya. So hati-hati ye. Tetapi sepanjang perjalanan memang dihidangkan pemandangan yang sungguh cantek.

*cantik kan !!
Oh ye terlupa plak, untuk ke Cameron Highlands ni saya masuk melalui exit Batu Gajah. Exit Tapah pun boleh tetapi jalan dia macam ular kena palu dan jauh sikit. Terasa lambat nak sampai.
* ni menara anjung di boh tea cafe. Tempat terhad tau. So kena datang awal untuk merasai pengalaman breakfast dengan pemandangan yang superberb.

* ni path nak menuju ke kilang teh. Segala sejarah mengenai cameron dan teh ada tercatat di papan tanda ini. So jangan lupa baca tau. Tak pun ambil gambar and then baca kemudian.
 *pintu masuk ke kilang teh

* masuk jek kat main entrance dah bau kesegaran daun teh.
*antik sungguh mesin yg nak hancurkan teh ni.. siap jenama sirocco lagi
*langkah ke 2 : pengoksidaan daun teh yang telah dihancurkan
* ni pulak proses pengeringan. Nampak tak trail tu..

*last skali adalah proses pengasingan.
* gambar gambar di atas adalah proses untuk jadikan serbuk teh. 4 langkah semuanya. pembungkusan tidak dilakukan di sini.
Akhir sekali ada disediakan kedai jual pelbagai perasa teh. Yang takde dalam pasaran pun ada. Bukan setakat untuk minuman malah ada sabun, syampu, lotion yang diperbuatkan drpd daun teh. Kalau terasa inginkan kelainan, bolehla cuba. Tak rugi rasanya pergi ke tempat begini. Sebab banyak benda boleh tahu. So until next updates. Daaa

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil