Skip to main content

Kimchi @ Barefoot Friends

Tak pernah terfikir pun nak try buat makanan korea. Taklah obses sangat dengan korean ni cuma memang dihati teringin nak pergi Korea apabila melihat kengkawan post gambar-gambar menarik di sana.

Bulan lepas dan sehingga kini rancangan Barefoot Friends mengenai gaya hidup sihat iaitu home-cooked meals. Menggalakkan orang ramai memasak makanan sendiri di rumah. Yang menghairankan saya, setiap rumah celebrity yang mereka mengunjungi pasti ada hidangan kimchi. Tetiba lak teringin nak makan kimchi. So google la resipi kimchi and of course la amek resipi yang mudah mudah sahaja.

First step ialah :

1. Dapatkan kubis panjang ni, terpulangla nak potong mcm mana, so sy potong macam gambar di atas ini. Kalau betul-betul korea, dia tak potong, dia kupas satu-satu daun kobis ini.
2. Lepas tu rendam kobis tadi dengan air garam selama 4jam ok!!
3. Masak tepung pulut/tepung beras dengan air sehingga jadi pekat macam ni. Air tu pandai-pandai sendiri nak agak ye. Untuk kimchi kali ni saya guna tepung pulut. Masa masak tu masukkan gula perang 1 cawan . Acctually korea mengguna sweet flour. Tapi kat mesia ni, tak tahula ada ke tidak. Bila dah masak, ketepikan untuk disejukkan.

4. Blend bawang putih (sukatan 1 cawan penuh) + sos ikan (sukatan pun 1 cawan putih, nak kurang pun boleh sbb takut masin lak).
5. Bila tepung dah disejukkan, gaul dengan serbuk cili. Saya guna serbuk cili Baba's. (Sebenarnya dia ada paste sendiri yang yg boleh didapati di korea). Dan hasil kisar bawang putih dan sos ikan tadi dimasukkan dalam adunan. Lepas tu gaul dengan sayur kobis panjang, dan boleh ditambahkan dengan lobak merah + daun bawang.
6. Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam fridge. Kalau kuantiti banyak dan bekas besar, simpan lebih kurang seminggu. Kalau kecil 3hari yek.
Pap pap papa dah siap. Sungguh mudah. Besnye makan fefeeling korea hakhakhak. Akhirnya benda yang teringin dah dapat. Yeayyy.. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…