Lost World Of Tambun - Petting Zoo

Untuk part ni, pasal Petting Zoo. Pendapat saya memang worth it. Daripada bayar mahal gi zoo negara dan tengok binatang tido serta sangkar kosong, baik pergi di sini. Bayar entrance fee RM48, bukan setakat leh main air dan theme park dia, malahan boleh masuk ala ala zoo ni. Binatang diletakkan di dalam sangkar yang boleh kita capai, siap ade staf yang akan beri kita penerangan di setiap lokasi.

Ni map dia leh tgk. Mula ingat kecik jek, sekali masuk, dush besar giler. Sampai anak keletihan.

*deco yang cantik, sesuai utk kanak-kanak.*
*king cobra. Kat sini instructor bagi penjelasan yang menarik. Pandai dia gunakan bahasa supaya kita tahu haiwan tak akan menyerang kita kalau kita tak ancam dia *
*salah satu burung kakaktua. Macam macam warna tapi ini jek yang ada dalam camera *

*140 years oldest alligator snapping turtle. Hi granny. Nanti scroll bawah ada gambar full dia *

Hi!! ni ferret ye kengkawan.

Memang cantek tempat ni. Bagus untuk kanak kanak belajar. Siap ade tempat boleh anak - anak tangkap ikan. Lupa nak snap gambar tempoh hari. Tempat tu dipanggil "Longkang Fish". Dia ade jugak bagi jadual, bile waktu makan binatang tersebut. So kita boleh datang time tu. 
Yang menariknya konsep tempat ni dibuat. Mother nature. Haiwan dibiarkan dalam kehidupan yang hampir sama di dunia luar. Sangkar yang dibuat pun mesra alam kihkih. Siap ada tempat tinjau untuk melihat kehidupan burung.
*salah satu landskap yang ada di Petting zoo *

Good Job Sunway!!
*ni la rupa sebenar granny tu. Mata pun dah putih, agaknya dah rabun teruk ni. 140 tahun, dia tak potong kuku agaknya *
*kat sini kite boleh tunggu burung dan binatang lain datang. Tapi disebabkn cuaca panas masa tu, tak larat rasanya den nak tunggu lelama*
*most of 80% laluan di sini dibuat begini, cantik kan*

So apalagi, cuti Aidiladha nak menjelang, boleh bawak anak-anak datang ke sini. Banyak benda boleh belajar di sini. Kalau taknak duduk di hotelnya yang mahal tu, di sekitar Tambun memang banyak hotel budget. Semua di hujung jari. Di nasihatkan, datang pagi yek. Theme park ni buka pada pukul 9pagi. Kalau datang awal, tak perlu la beratur panjang di entrance. Parking kereta hanya rm1 sahaja sekali masuk. Murah kn?

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil