Skip to main content

Lost World Of Tambun - Tin Valley

Sebenarnya banyak part pasal Lost World Of Tambun. Nak tulis panjang berjela, nanti bosan lak nak baca. Kan rakyat Malaysia kurang membaca., eh eh btulkan. So kenala cerita part by part.

Part ni nak cerita pasal Tin Valley di Lost World of Tambun. Baru ada masa untuk update. Sepanjang jalan ke Tin Valley lepas pintu gerbang tu ada diletakkan papan tanda mengenai sejarah perlombongan, alatan digunakan, tokoh orang kaya perlombongan, gambar suasana kawasan perlombongan pada era tersebut.. baca yek, sebab boleh tambahkan pengetahuan am kite, jangan asyik baca novel jek haipp.

.

Di sudut kanan lepas semua papan tanda itu, ada sebuah cafe di celah celah batu bukit. Tak tahula sama ada cafe itu benar benar beroperasi atau sekadar hiasan. Di dalam cafe, direka zaman dedulu, tv kotak era 70an or maybe 60an, sesapa yang tak pernah tengok especially anak anak yang lahir 90an onward bolehla bergambar kenang kenangan. Di situ jugak ada ruang pameran, patung pakaian pelombong, serta banyak alatan dipamerkan.





* televisyen kotak hitam putih*

Tengah tengah kawasan Tin Valley tu, tetiba ada patung gajah. Motif?? Sebab tak diletakan sebarang 
tanda, so tak tahu apa motif sebenarnya. Patung gajah ni diperbuat mengikut ketinggian sebenar gajah. So sesapa yang teringin nak naik gajah tapi tak berani nak naik gajah hidup, inilah peluangnya hehehe sebab memang ada disediakan tangga untuk naik. Selalunya bebudak la yang suke.



* siap ada tempat duduk lagi *

Lepas tu barulah dibina kawasan perlombongan sebenar. Siap ada dulang untuk belajar cara cara melombong. Berat gak dulang tu. Konpem orang dulu-dulu, otot lengan dorang kuat belaka. Menarik ! Ramai tourist yang mencuba termasukla anak saya hehe. Excited jap.


*cantik kan?*

* ada family tengah ajar anaknya mendulang*




Dihujungnya ada pemandangan yang cantik. Pemandangan yang famous kat Tambun ni,  "The Needle of Tambun". Subhanallah memang cantik.


Last sekali, kawasan team building seperti hiking, kayaking dan bermacam lagi. So sesapa yang nak buat team building memang sesuai. Tempat pun indah.

Nanti kite sambung lagi. Insha Allah.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…