Orang Melaka yang Tak Suka Asam Pedas

Yup, saya memang tak berapa gemar makan asam pedas melaka walaupun mak saya orang melaka. Bila balik kampung, makcik makcik saya akan berlumba-lumba masak asam pedas. Segala tok nenek asam pedas akan dibuatnya, asam pedas ikan pari, asam pedas telur ikan, asam pedas ikan kembung dan macam macam lagi la. Saya cuma teruja makan bile ibu saya yang masak sebab dia akan bubuh daun kucai. One of my feveretla.

Sejak kahwin, saya tak pernahla nak masak asam pedas. Bukan saya tak pandai ye, tapi sebab memang tak suka. Nak dijadikan cerita, satu hari time dating dgn hubby, dia heret saya pergi ke Food court KL SENTRAL yang terletak di tingkat 2 bangunan tersebut. Dia order asam pedas. Kalau pergi ke sana, masuk dalam foodcourt tu, cari lot no 12. Kedai tu jual asam pedas ikan pari, ikan kembung dan lagi satu lupa lak. Al maklumla urat dah banyak putus hikhik.. murah jek sebab dia jual set dengan nasi dan ulam. Siap bubuh dalam claypot lagi. Suami saya pilih asam pedas ikan pari, harga dia rm9.50. Wahhh memang sedap.. first time dapat habiskan lauk tu. Tak percaya diri ini. Mungkin tak dapat kalahkan asam pedas Laksamana, Melaka yang femes tu bak kata orang, but worth it la. Suami siap perli perli lagi.. meh meh zoom gambar, sowila tak berapa nak cantik gambarnya..

Tu dia ikan pari. Banyak tau. Boleh makan untuk 2 orang.
i
 nasi yang diberi. Siap ulam ulaman dan sambal belacan serta telur rebus.. meleleh air liur

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil