Sayangkan Isteri, tinggal-tinggalkan


 Hari tu buka cenel tv9, ulangan program Semanis Kurma. Tajuk ulangan tu memang kena dengan batang hidung sendiri. "Pasangan Hujung Minggu". Suami isteri yang duduk berjauhan dek kerana kerja. Saya ni nak kata jauh sangat takla. Kalau driving 4jam setengah akan sampai kat office dia. Tapi dek kerana berjumpa seminggu sekali, jadi jatuh pada kategori tersebutla. Yelah, takkanla nak balik hari-hari, jauh tu kot. Duit jadi macam air sungai jek, mengalir deras.

Bagi saya, cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak-anak sekaligus pengurusan masa yang betul. Anak-anak saya masih kecil, so memerlukan tahap kesabaran super saiya tahap 8. Itu yang paling saya tercabar. Sebab, anak-anak yang tengah membesar ni banyak karenah dan banyak soalan yang terkeluar dari mulut amatla sukar. Sorang fasa minda dan sorang fasa baru dapat gear (dapat kaki). 

Mungkin sebab saya wanita yang mempunyai kerjaya, tambahan pula destinasi tempat kerja dengan rumah yang agak jauh so saya hanya ada beberapa jam masa berkualiti saje dengan anak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

Masa mula-mula waktu "orientasi" perkenalan pada fasa kehidupan yang berubah, saya banyakla minta tips dari kengkawan. Bagi saya ilmu parenting ni memang selalu kena belajar dan perlu refer pada orang yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Pendapat saya, jika ibu bapa tidak kuat adalah sukar untuk mendidik anak. Bak kata orang berilmu, sebelum nak perbetulkan anak, kite kena perbaiki diri kita dengan Maha Pencipta dan seterusnya barula diri kite.

Moh saya share tips yang saya dapat ye: 

1) "Sebenarnya budak-budak yang tengah membesar ni la yang paling senang nak diperbetulkan dan dibentuk"

2) "Anak bile tak berapa pandai, kelam kabut cari cekgu, hantar tuisyen bagai, beli macam2 untuk gain ilmu. Tapi bila anak tak pandai nak solat dan mengaji, kita slalu tangguh kan"

3) "bila bercakap dengan anak, kena selalu related dengan Maha Pencipta"

4) "Ajar diri bila bercakap dengan anak, make sure ada eye contact"

5) "Kite sebagai ibu bapa kena bagi time limit untuk anak bermain gadget. Jika bermain pastikan dorang duduk bersama-sama. Jangan bagi anak wujudkan ruang privacy seperti bermain di dalam bilik masing-masing sebab kite tahu apa yang mereka buat"

6) "Isteri/suami jangan kat luar je jaga penampilan bagai tapi di rumah penampilan tak dijaga. Di rumah sebenarnya lagi penting kita jaga penampilan sebab masa kita banyak dihabiskan disitu" 

7) "Pastikan rumah dalam keadaan yang sedap mata memandang" 

8) "Jangan compare kehidupan kite dengan orang lain, sebab kite tak tahu apa yang mereka telah lalui"

9) "Ajar anak menghargai benda yang kite beli. Jangan terlalu mudah beli untuk mereka. Sebab akan ada tanggapan anak2 kalau rosak/hilang, senang jek nak dapat balik. Ini menuntut skill komunikasi parentd dengan anak.

Banyak lagi yang nak dikongsikan, tapi cukupla setakat ni. Saya harap saya dapat improvekan parenting skill pada anak-anak saya. Hubungan jarak jauh saya dengan suami bukanlah penghalang untuk kukuhkan lagi ikatan perkahwinan. Tapi hubungan ini mengajar saya lebih menghargai pasangan masing-masing dan banyak lagi (malu nak citer hahaha).

So jom scroll gambar di bawah ni :

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil