Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Nota Dari Kekasih

Pagi-pagi lagi dah wassup suami, cakap bulan disember bulan ramai kawan opis kawen dan buat kenduri. Al maklumla perempuan, pergi majlis, kenduri, hi tea or dinner konpem menggelabah sebab nak dok pikir nak pakai baju apa. So awal-awal lagi bagitau suami suh bagi duit lebih sebab nak shopping baju. Kihkihkih.. dalam hati berkobar-kobar sebab tahu mesti suami akan tanya soalan wajib."Kan dah banyak baju"
"Baju apa yang nak beli"
"Berapa rm?"So sah sahla dan siapkan kertas jawapan untuk jawab balik soalan tu. Tunggula kekasih hati ni jawab. Tiktok tiktok berdebar-debar. Sekali tu dia bagi jawapan yang memang tak boleh nak dijawab. Kirenya kalau exam, memang failed la.. nak tahu apa dia nota kekasih saya bagi.... 
Tak terkata... terus terdiam. Rupanya kekasih saya sayangkan saya.

Good Morning

Moga hari ini lebih baik dari semalam. Moga hari ini segala urusan dipermudahkan. Moga hari ini mendapat berita gembira. Ameen... dimulai dengan Bismillah...

Wordless Wednesday

Resipi Petik Jari - Simple & Easy (Puding Roti)

Disebabkan weekend adalah hari bermalas-malasan, so masak pun ala kadar jek. Serious penat kerja tak habes-habes lagi. Petang tu cuaca agak muram, menanti untuk hujan turun sahaja. So lagila mood malas melanda tapi perut berkeroncong mintak dessert di petang hari (bermadah plak kali ni ).So resepi hari ini adalah puding roti ye. Bahan-bahan yang diperlukan ialah : 8 keping roti
2 gelas susu
- roti dicarik carikkan dan direndam ke dalam air susu selama 30 minit atau sehingga ia kembang. Seperti gambar di bawah.. Macam ni tau. Bekas ikut kesukaan. Nak buat bekas ikut bentuk hello kitty pun boleh.
Bahan B 1) Sedikit esen vanilla 2) Gula perang/putih - ikut tahap kemanisan anda. Saya guna gula perang sebab gula tu jek ada kat umah. 3) 4 sudu mentega yang telah dicairkan 4) 1 sudu tepung jagung. Bahan bahan ni digaul sehingga sebati. Lepas dah panaskan ketuhar, bakar pada temp 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak. Tajuk pun dah petik jari, disebabkan takde susu cair untuk dibuat k…

Asyik asyik Restoran Arab - Hyderabad, Bangi

Hahaha... nak buat camne, suami tetiba teringin nak makan nasi arab, walhal memana pun rasa same jek kalau masuk restoran arab. Restoran ni baru bukak,dulu lot kedai ni ialah restoran MFC tapi tetiba jek dah tukar owner jadi Restoran Hyderabad. 
 Ni buku menu dia. Macam biasa hidangan sama macam restoran arab lain. Tapi kali ni menu dia lebih banyak sampai tak tahu nak pilih.
Saya amek nasi arab ayam. Harga RM19.90. Eh eh mana ayamnye.. ayamnye malu, bersembunyi di dalam nasi tu. Kuis kuis.. dia bagi 2 ketul ayam.. mak oii besar lak tu. Tak larat nak abes (sowi tak dapat amek gambar ayam sebab anak dah start meragam). Semua hidangan dapat sebiji telur. First time makan kat restoran arab, dia bagi telur. Ni nasi arab kambing. Harga sama RM19.90. Cuma kambing dia 'too little'.. hehe.. frust ok !! Kuah dia diasingkan. Kuah nasi ni memang sedap. Superbbb.. Interior biasa biasa

Yang ni perlu cuba. Mango lassi RM10.00. Memang pekat, lemak.. rasa macam makan mempelam sebiji. Memang disyork…

Wordless Wednesday

Sharing Is Caring

Tetiba rasa macam nak share pendapat di fikiran hari ni. Bagus sebenarnya perangai share mengeshare ni. Sebab sharing is caring betul tak? Tapi adakah semuanya nak kite share?? Tak kesahla hal-hal berkaitan kehidupan kita mahupun share benda-benda yang ada dalam media sosial tu. Bagus kalau share, tapi alangkah bagus kalau kita tahu kesahihan benda tu dan fahami betul-betul (kerut-kerut kening tanda memikir depan lappy). Ini asal nampak je, pantas tangan terus klik klik share. Done .. lepas tu????Contohnya macam masa Maal hijrah tempoh hari .. ramai sangat orang share benda ni. Harap maklum. Banyakkanla pergila majlis-majlis ilmu please please .. benda simple jek. Maal Hijrah = Tahun Baru bagi kalendar Islam. Pada hari ini digalakkan baca doa awal tahun dan akhir tahun. Boleh jek google doa-doa tersebut.
Takde kena mengena dengan buku amalan kita ditutup. Oklah kuiz hari ni, hari apa yang berkaitan dengan buku amalan ditutup dan buku amalan baru diganti? Please jangan cakap tak tahu. B…

Random

Pernah tak korang buat sesuatu tanpa berfikir panjang terus je setuju... pap pap je dah terbuat keputusan. Hahaha... mesti pernah kan?? Korang rasa nyesal tak, bile tersedar dari peri laku itu? Menyesal pun tak ada guna hahaha.. life must go on btul tak? Nak dijadikan cerita, minggu lepas kepala weng sikit. Rasa macam tak leh nak berfikiran btul. Duduk kat kubikel opis, buka laman web lepas compare dan sesi timbang tara .... maka terjadila al kisah yang tak terduga ....... . . . . . . . . . .




Lepas klik klik dan dapat pengesahan.. dangg.. rasa nyesal sebab tak guna kad kredit suami... T_T Suami senyum lebar jek .. Ayat dia "nape tak bagitau"  Uwaaaaa.....

The Wedding Breaker Review by Evelyn Rose

Dah lama tak review pasal buku novel sebab tak sempat nak baca. Nak settle kn projek-projek yang tergendala. Ok, straight to the point. One of my favourite. Bes novel ni, sebab indah jalan ceritanya. Kisah memula nak tolong kawan yang dipaksa kahwin dengan lelaki yang bukan pilihan, tetapi pertolongan itu menjerat dirinya kerana pemuda itu mula mencari siapa dirinya hingga heroin itu menanggung perbuatannya.Mula-mula tu biasala, ada konflik sikit after that penulis memang pandai memain perasaan pembaca. Ending dia memang bes, sebab happily ever after. Biasalah, kite mana nak ending sedih-sedih kan. Hihi. Menggambarkan tempat-tempat menarik dengan plot cerita yang juga menarik. Saya taknak review lebih-lebih sebab buku ni memang harus korang beli. Dari 5 bintang, saya bagi 4.5. Pergi cari cepat k..

Mudahnya Menjemput Rezeki

Hari ini sempat review untuk 2 jenis buku. So ini 2nd buku yang saya sempat mentelaah minggu ini. Ditulis oleh Fathuri Salehuddin. Kenal tak? Ehem ehem..
Buku ini memang harus dimiliki dan dibaca serta difahami. Gaya bahasa yang simple serta mudah difahami. Tak berat pun, dont worry. Untuk masa santai. Memanggggg sesuai. Penulis bukan sahaja menjelaskan pada sesiapa yang "risau" rezeki mereka malah turut diselitkan dengan contoh-contoh cerita seharian yang menarik dan mudah diterjemahkan dalam kehidupan. Amalan-amalah yang mudah dan boleh dipraktikkan seharian turut diberitahu. Selepas baca buku ini, seakan tenang rasanya sebab kita yakin Allah sentiasa membantu hambaNya. Bagus juga untuk businessman diluar sana. 
Mudah saya katakan, Rezeki Allah itu luas. Sesapa yang mengkehendakinya, pasti Allah memberinya. Thumbs up. Jom kita ke bookshop. Cari buku ni ye. Tak mahal pun, hanya RM18 sahaja.

Tersentap

Agak-agaknya kalau bagi artikel ni kat perokok tegar, dia tersentap tak?

"Heaven" part 2

Lokasi : Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Keluhan

Setelah berlalu minggu yang penuh hectic sehingga lunch pun kena makan kat meja untuk memastikan kerja disiapkan mengikut due date. Akhirnya ini saje yang saya pinta .......


Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusanku dan urusan orang-orang disekelilingku.... Amin..

Wordless Wednesday

Short Trip @ Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Holiday kali ni memamg singkat sebab pergi hari sabtu dan balik hari ahad. Kami buat family trip ke Pulau Pangkor. Nak dijadikan cerita, dari darjah 5 until now memang selalu buat trip ke Pulau Pangkor. Dari Pangkor ni tak ada apa-apa sehinggalah maju macam sekarang ni. Sesak!! Walaupun belum start pun cuti sekolah, tapi memang penuh. Nak tunggu ferry pun kena beberapa trip. Naseb baik baby dan anak sulung tak banyak meragam. Nak gi Pulau Pangkor ni kena naik ferry di Jeti Lumut. Ada 2 jenis syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ferry ni, satu Mesra ferry Sdn Bhd dan satu lagi nama omputih sikit Pan Silver Ferry. Tiket pergi dan balik untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak percuma. Murahkan.. naik ferry ni ambil masa lebih kurang 35-40minit untuk sampai ke jeti Pulau Pangkor * ni dah sampai jeti Pulau Pangkor. Ramaikan?? Huishhh * suasana masih lagi tenang * macam ni jek dah cantek view. Subhanallah * keadaan dalam ferry *perkhidmatan teksi. Kat Pangkor ni, teksi dia adalah van pink. K…

Wordless Wednesday

Lunch @ Laman Grill Steak & Bar-b-que Restaurant by Chef Zubir

Semalam Anniversarry kami berdua, tapi tak celebrate sebab hal-hal tertentu. So hari ni hubby ajak lunch sesedap. Hahaha.. sebab nanti dia nak balik bekerja. So dia ajak lunch kat restaurant ni yang terletak di Putra Kajang. Boleh tanya Mr google kat web ini www.lamangrill.com. Restoran ni milik chef terkenal, sapa lagi kalau bukan Chef Zubir Masterchef tu. Ada 3 branch setakat ni iaitu Shah Alam, Wangsa Melawati dan Putra Kajang. * ni bisnes hour dia. Leh take note and set the date k. Sesuai nak celebrate dengan keluarga yang terchenta.
* ni di antara menu yang ada *dekorasi yang selesa dan simple. Alunan lagu instrumental kedengaran di dalam restaurant mewujudkan suasana yang tenang.
* ini di bahagian hadapan restaurant.
*kalau sesapa tak tahu bahagian daging, boleh refer picture ni. Acctually semua restaurant steak memang akan paparkan picture ni untuk rujukan.
* hidangan ini namanya "Meat Lover". Semua part daging dihidangkan beserta sos yang berlainan setiap satu. Harga rm63.…