Asyik asyik Restoran Arab - Hyderabad, Bangi

Hahaha... nak buat camne, suami tetiba teringin nak makan nasi arab, walhal memana pun rasa same jek kalau masuk restoran arab. Restoran ni baru bukak,dulu lot kedai ni ialah restoran MFC tapi tetiba jek dah tukar owner jadi Restoran Hyderabad. 

 Ni buku menu dia. Macam biasa hidangan sama macam restoran arab lain. Tapi kali ni menu dia lebih banyak sampai tak tahu nak pilih.

Saya amek nasi arab ayam. Harga RM19.90. Eh eh mana ayamnye.. ayamnye malu, bersembunyi di dalam nasi tu. Kuis kuis.. dia bagi 2 ketul ayam.. mak oii besar lak tu. Tak larat nak abes (sowi tak dapat amek gambar ayam sebab anak dah start meragam). Semua hidangan dapat sebiji telur. First time makan kat restoran arab, dia bagi telur.
Ni nasi arab kambing. Harga sama RM19.90. Cuma kambing dia 'too little'.. hehe.. frust ok !!
Kuah dia diasingkan. Kuah nasi ni memang sedap. Superbbb..
Interior biasa biasa


Yang ni perlu cuba. Mango lassi RM10.00. Memang pekat, lemak.. rasa macam makan mempelam sebiji. Memang disyorkan.

Agaknya saya asyik ambil gambar, tuan punya restoran ni asyik tanya je pendapat, sedap ke tidak, macam mana rasa.. apa komen... hahahaha..

Bagi saya restoran ni dapat 3.5 bintang.. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil