Lunch @ Laman Grill Steak & Bar-b-que Restaurant by Chef Zubir

Semalam Anniversarry kami berdua, tapi tak celebrate sebab hal-hal tertentu. So hari ni hubby ajak lunch sesedap. Hahaha.. sebab nanti dia nak balik bekerja. So dia ajak lunch kat restaurant ni yang terletak di Putra Kajang. Boleh tanya Mr google kat web ini www.lamangrill.com. Restoran ni milik chef terkenal, sapa lagi kalau bukan Chef Zubir Masterchef tu. Ada 3 branch setakat ni iaitu Shah Alam, Wangsa Melawati dan Putra Kajang.
* ni bisnes hour dia. Leh take note and set the date k. Sesuai nak celebrate dengan keluarga yang terchenta.

* ni di antara menu yang ada
*dekorasi yang selesa dan simple. Alunan lagu instrumental kedengaran di dalam restaurant mewujudkan suasana yang tenang.

* ini di bahagian hadapan restaurant.

*kalau sesapa tak tahu bahagian daging, boleh refer picture ni. Acctually semua restaurant steak memang akan paparkan picture ni untuk rujukan.

* hidangan ini namanya "Meat Lover". Semua part daging dihidangkan beserta sos yang berlainan setiap satu. Harga rm63.50. Thumbs up. Memang sedap. 5 out 5. (sambil lompat bintang)

* ni burrito's. Isi dalam daging dan keju melted di atasnya. Sedap sesangat. Telah jatuh cinta padanya. Harga RM 13.50. Kalau pergi sini, jangan lupa order makanan ni

* Carbonara spagethi. Marvellous sehingga menjilat jari. Nyum nyum. Sos pekat memang membuka selera. Harga rm20.90. Yang penting tak muak.

*disebabkan dah lama tak nampak retoran A & W, so teringin nak minum air ini. Harga rm5.50. Banyak pilihan lain seperti fruit juice, pelbagai jenis tea n coffee.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

* tengok ni, licin. Memang berbaloi dengan harga dia. Sedap!!! Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri pada kami.


* ni total yang perlu hubby bayar beserta sevice tax k.
So jika teringin nak makan steak or western food, saya sugest kan restoran ni. Boleh pergi ke 3 branches tadi. Tak menyesal labur banyak sikit untuk hari-hari yang istimewa bagi family. Harga dia affordable setaraf dengan rasa dia yang hingga menjilat cari. Harga lebih kurang sama dengan kedai-kedai steak yang lain malah lagi berbaloi kut. Bagi 5 bintang. Yeayyyy.... (lompat bintang sekali lagi)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil