Sharing Is Caring

Tetiba rasa macam nak share pendapat di fikiran hari ni. Bagus sebenarnya perangai share mengeshare ni. Sebab sharing is caring betul tak? Tapi adakah semuanya nak kite share?? Tak kesahla hal-hal berkaitan kehidupan kita mahupun share benda-benda yang ada dalam media sosial tu. Bagus kalau share, tapi alangkah bagus kalau kita tahu kesahihan benda tu dan fahami betul-betul (kerut-kerut kening tanda memikir depan lappy). Ini asal nampak je, pantas tangan terus klik klik share. Done .. lepas tu????

Contohnya macam masa Maal hijrah tempoh hari .. ramai sangat orang share benda ni. Harap maklum. Banyakkanla pergila majlis-majlis ilmu please please .. benda simple jek. Maal Hijrah = Tahun Baru bagi kalendar Islam. Pada hari ini digalakkan baca doa awal tahun dan akhir tahun. Boleh jek google doa-doa tersebut.


Takde kena mengena dengan buku amalan kita ditutup. Oklah kuiz hari ni, hari apa yang berkaitan dengan buku amalan ditutup dan buku amalan baru diganti? Please jangan cakap tak tahu. Benda ni dah diajar kat sekolah k. 

Macam - macam say tengok orang share tambahan kat media sosial. Benda ni bagus, tak salah pun. Tapi tolongla fahami dan tahu kesahihannya dulu. Sebab apa?? Sebab mungkin apa yang kite share tu akan memudaratkan kehidupan orang lain.

Terbaru kes Villa Nabila. Kes ni asalnya tersebar kat laman sosial facebook, baru dibuat report polis. Lepas tu mulalah berkicauan cakap dah 23 orang hilang, malam tu penuhla segala ceruk orang melihat banglo tu. Siap tourist datang sebab website expedia senaraikan tempat tu (sumber sinarharian). Rakyat malaysia memang suke dengan mistik. Tak salah sebab dalam rukun iman ada mengatakan kite percaya pada benda-benda ghaib. Yang salah, sebab takde kesahihan cerita tu yang mengatakan budak tu hilang, tak kuar-kuar dari rumah tu. Last last jumpa kat rumah kawan. Dangggg... nampak tak nampak tak ..  Banyak sangat agaknyantengok cerita seram kat pawagam.

Senario share ni bagus.. tapi jangan sampai memudaratkan pihak lain. Jangan sampai hati orang lain terluka. Muhasabah diri sendiri jugak. Last but not least sharing is caring. Share ilmu jangan kedekut pulak ye .. ;p

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil