Short Trip @ Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Holiday kali ni memamg singkat sebab pergi hari sabtu dan balik hari ahad. Kami buat family trip ke Pulau Pangkor. Nak dijadikan cerita, dari darjah 5 until now memang selalu buat trip ke Pulau Pangkor. Dari Pangkor ni tak ada apa-apa sehinggalah maju macam sekarang ni. Sesak!! Walaupun belum start pun cuti sekolah, tapi memang penuh. Nak tunggu ferry pun kena beberapa trip. Naseb baik baby dan anak sulung tak banyak meragam.
Nak gi Pulau Pangkor ni kena naik ferry di Jeti Lumut. Ada 2 jenis syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ferry ni, satu Mesra ferry Sdn Bhd dan satu lagi nama omputih sikit Pan Silver Ferry. Tiket pergi dan balik untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak percuma. Murahkan.. naik ferry ni ambil masa lebih kurang 35-40minit untuk sampai ke jeti Pulau Pangkor
* ni dah sampai jeti Pulau Pangkor. Ramaikan?? Huishhh
* suasana masih lagi tenang
* macam ni jek dah cantek view. Subhanallah
* keadaan dalam ferry
*perkhidmatan teksi. Kat Pangkor ni, teksi dia adalah van pink. Kami sekeluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kena RM15. Oklah kan!!
* tempat penginapan kami Palma Beach Resort kat Teluk Nipah sebab dia lebih happening dari Pasir Bogak. Disebabkan kami menggunakan agen, so semua dia dah settle kan. Satu malam RM90. Boleh pilih nak duduk atas atau bawah. Siap ada shower utk digunakan lepas mandi pantai. Yelah, takkanla nak bawak masuk pasir-pasir laut kan. Disebabkan excited sangat terlupa nak amek gambar bilik. Huahuahua... tapi memang puas hati.
* Suasana waktu pagi.. tenang jek, masa ni orang tak ramai lagi. Nanti dah pukul 9, hambek ko, nak duduk relax pantai pun kena berebut.
* gerai di tepi jalan, dari segi nak cari makanan idaman, kedai runcit sume hado.Duit jek kena disediakan..
*salah satu kedai gerai daripada 6 gerai yang menawarkan aktiviti air ni. Ada island hopping, snorkeling, banana boat dan banyak lagi. Harga affordable. Dont worry, pakej percutian kali ni boleh dikategorikan percutian bajet. 
* Jagung bakar pun ada.. mai mai..
* Subhanallah, cantekkan. Ni aktiviti time island hopping.
* dia pusing pusing tempat yang menarik disekeliling pulau.
* ikan fresh fresh mai dari laut, terus ke pinggan. Tu harga yang dah siap masak.
* ni hasilnya. Memang banyak pilihan yang menarik di sini. So dinasihatkan, jangan memabazir k. Hihi
* ni aktiviti yang thrill, lagi best dari banana boat. Satu kepala rm15. Thumbs up,rasa nak naik berbelas kali. Tapi apakan daya, vacation 2hari 1malam jek lagipun kan destinasai bajet hahaha.
* ni pemandangan waktu senja. Cantikkan. Takyah gi jejauh, dalam malaysia pun dah boleh dapat pemandangan macam ni.
* feveret ... sedap.. 
* haaaa kalau nak tengok hornbills, takyah g jejauh kat Pulau Pangkor pun boleh.

So sesapa yang nak gi melancong dengan bajet bawah RM300 bolehla gi Pulau Pangkor. Dekat sini bukan sahaja boleh buat aktiviti air, tapi boleh sewa motor dan kereta malah basikal dengan harga yang berpatutan. So boleh meronda ronda disekeliling pulau. Atau nak beli hasil laut seperti ikan bilis dengan harga yang murah. Kat sini juga ada tempat bersejarah (sorry tak ada gambar, sebab dah banyak kali melawat time dedulu, so kali ni memang tak gi) seperti batu belah, kota belanda dan bermacam lagi. Have fun daaaa...

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil