Awek Pisang Goreng

Buku ni memang bes gilerrrrr... kelakar tahap dewa huhu. Dialog utara yang sempoi diselangi dengan dialog yang memang kelakar. Menambat hati ini. Baca buku ni dalam tren, sepanjang tu memang tak habes-habes gelak. Orang sebelah pun duk jeling-jeling tumpang sekaki sebab pelik saya asek gelak je. Hahaha.. rasanya jika orang yang dilanda kemurungan better baca buku ni. Memang boleh menceriakan hari anda yang moody. Kelakar macam tengok runningman plak, Sentuhan penulis lelaki ni memang sempoi habes. Ha.. jangan terkejut penulis lelaki tau lulusan 'engine nyor' lagi. Terbaek. Bak cakap korean.. deebakk.. Memang direkomenkan untuk membeli dan membacanya. 12 bintang dari 10 bintang. Ok tak?? Hahaha.. saya dah habes baca buku ni, so nak baca lagi 2nd round. Terbaekk la Syah Shah - nama penulis.

 Haaa.. ni cover dia, sampai main amek jek gambar senget sebab excited sangat nak bagitahu korang. Taknak korang miss novel ni. Cari tau.. jangan tak cari. Mengisahkan seorang jejaka yang dah 3 series mencari calon isteri apabila ibunya mendesaknya. Cinta at the 1st sight dengan tidak tahu apa-apa tentang bakal isterinya, dia membuat langkah berani untuk meminang bakal isterinya walaupun baru 3 kali jumpa di gerai goreng pisang. Terus berjumpa dengan keluarga menyatakan hasrat dan lepas tu bermulalah dugaan dan rintangan yamg dihadapi. Penulis cuba untuk tidak memberatkan bahan bacaan. Dan seterusnya.. silalah baca yek. Hehe.. saje nak buat korang teruja macam saya hikhik.. daa

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil