Gadget

Lately saya tengok banyak kat ig, fb dan kebanyakkan media sosial menceritakan zaman dulu bebudak lagi best. Main teng teng, police sentri, dan bermacam-macam lagila. Dorang cakap zaman sekarang bebudak kat tangan penuh dengan gadget. Gi memana mengusung dengan gadget. Sampai kan ada yang salahkan gadget ni. Sampai terkeluarla ayat-ayat albert einstein ni ...

*pic ni dah keluar kat topik sebelum ni. Saya nak keluarkan lagi sebagai tanda ingatan.

Pendapat saya acctually ialah peranan parents itu sendiri. Mungkin mereka mengambil jalan pintas, nak senang jaga, so anak diberi gadget. Mungkin juga mereka terlalu busy untuk anak mereka, maka diberinye gadget itu memudahkan mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Its totally wrong. Boleh nak bagi, tapi make sure ada limit ye kengkawan. Limitkan aktiviti mereka dengan gadget. Pastikan mereka ada aktiviti lain yang mereka buat seperti main lego (very recommended), drawing, etc....

Saya tak salahkan gadget. Sebab bagi saya dengan gadget tu la anak saya banyak belajar, belajar mengenal alphabet, membaca, belajar fokus.. tapi saya akan pastikan yang dia akan main hanya untuk tempoh yang ditetapkan. Rules kedua, jangan main gadget di meja makan. Bagi saya tempat makan ialah tempat untuk berkongsi cerita. Banyak benda boleh dibualkan bersama anak. 

*p/s : bersambung, time nak ajar anak mengaji.. daaa

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil