Horizon Garden, Bangi

Macam sebelum ni, saya dan keluarga menjelajah seluruh pelusuk bangi untuk mencari makanan yang bes bes.. huhu. Restoran ni terletak di bangi. Sederet dengan outlet yourgurt. Gambar duta dia Aaron Aziz, besar sangat. dari jauh leh nampak. Alamat dia macam tertera tisu tersebut. Konsep restoran fine dining- chinese muslim. 
Ala carte pun ada. Tapi lagi bagus ambil package. Kami sekeluarga ambil package A, harga rm77.00. Banyak pilihan lauk. 
Ni ikan siakap. Termasuk dalam package A tu.
Ni soft crab. Ni kami order lain. Saiz kecik RM35, besar RM70. Tapi tak sedap sangat sbb rasa macam tengah makan cekodok ketam. Haha
Ni termasuk dalam package. Sizzling beef. Very recommended sebab memang terbaek. Macam nak tambah je lagi.
Semasa tunggu makanan sampai, dorang akan beri chinese tea percuma. So takyah order air lain pun ok sebab boleh request mintak tambah lagi. Macam ala-ala hotel gitu.
Dekorasi dia simple jek. Oklah bagi saya, tak nampak berserabut. Bagi saya sesuai kalau datang dengan jumlah yang ramai sebab harga dia murah. Setiap package ada 5-6 hidangan. Siap sayur. Oh satu lagi makanan yang saya 
nak ambil gambar ialah tomyam putih, termasuk dalam package dia. Memang bes tapi bahan-bahan di dalamnya terlampau sikit la plak. Tak puas makan. Restoran ni saya bagi 3.5/5. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil