Kawan Lama Tak Jumpa

Dah lama peram entry ni sebab dalam kepala banyak benda nak tulis, tp bila bab nak menaip tu tetiba "eh eh ayat apa nak guna ye.. tak tak salah ayat ni.. " so terperamla ia, naseb baek tak jadi jeruk huhu. Entry kali ni saje nak cerita pengalaman yang kena diri sendiri. Biasala keluarga saya dulu jenis berpindah-randah. So banyakla tempat belajar. So bile dah asek tukar sekolah ni, banyakla kawan. Even bukan rapat pun, still contact. Wassup jek memanjang, group pun banyak.

So, satu hari ni ada seorang kawan ni call.
"Eh lama la tak jumpa ko. Jom jumpa nak? Rindula nak borak dengan ko" ayat si A cakap dalan phone. Banyak kali gakla saya menolaknye sebab kekangan masa. Last last jumpa gak, sebab beriya betul dia ajak. So saya pun jadi excited nak jumpa. Yelah, lama btul tak jumpa kan, so banyakla nak diceritakan.

So dah tetapkan tarikh, masa dan tempat... berjumpa la 2 insan ni di salah satu restoran exclusive (exclusive la sangatkan). So bile jumpa tu, macam biasala ade adegan peluk peluk cium cium laga pipi. So duduk, order makan. So saya pun bukak mulutla nak bercerita dan bertanya khabar. Blum sempat je, dia trus cakap....

"Ko ada dengar tak pasal ......, produk dia bagus tau. Ko dont worry, sikit jek bayar, lepas tu ko leh kaut banyak keuntungan sampai 5-6income.. meh aku terangkan .... "

Deng... tetiba rasa macam sedih. Geram pun ada. Inikah harga satu pertemuan seorang sahabat. Beriya nak jumpa alasan sebab rindu, tapi rupanya sebab MLM. Rasa macam nak geleng kepala depan dia tanda rasa menyesal sesangat...

Nope.. saya tak salahkan sesapa yang nak jana side income, tapi boleh tak hormat dan hargai sebuah persahabatan itu. Nape tak terus terang jek dalam phone cakap berminat tak untuk join projek ni. So saya no hal la.. ni macam menipu. Rasa sedih sesangat. Maybe im too emotional. Bagus perkongsian dia, cuma cara yang salah. So kengkawan yang join menjana side income, yang membawa slogan retired and young, tak kesah sebenarnya kalau korang nak spread info kat saya, tapi kan lebih bagus bagitau terus terang dari awal ..

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil