New year 2014

Badan tak sihat, demam akibat redah hujan minggu lepas. Tengok iklan-iklan kat google ni banyak tempat buat sambutan ambang kemerdekaan. KLCC of course la ada, Putrajaya pun ada, mak oii Nilai 3 pun ada. Cari alternatif lain, ceramah agama pun banyak. So tepuk dada tanya hati dan akal. Pilih sebab pilihan di tangan anda.

So apa cer tahun 2013. Tercapai tak apa yang dihajati? Moga apa yang dah di list down masa awal-awal tahun 2013 tercapai. Alhamdulillah dari 10 benda yang saya list down, 6 darinya dah tercapai. Kalau 2013 ni banyak mengharungi cabaran, jadikan 2014 mematangkan anda dalam menghadapi sebab kadangkala kita perlu toleh ke belakang, melihat segala apa yang kita telah lakukan untuk dijadikan panduan dan pengajaran yang berguna.

Moga 2014 adalah tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Cuma yang pasti 2014 adalah tahun kenaikan harga yang mendadak. Sighh... keluh panjang 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil