Pesta Popcorn Garret

Bulan lepas tetiba nak buat pesta marathon movie kat rumah. Maklumla hubungan jarak jauh ni menyebabkan kami selalu berfikir nak buat benda bersama-sama sehabis baik. So kami pun terus pilih movie untuk ditonton. But  something missing. Yup, without popcorn tak besla acara marathon tu. So kami decide nak beli popcorn. Suami suggest Garret popcorn. Kami pun tak pernah makan, so terasa nak cuba. Terus pecut gi klcc, sebab kat situ je kami tahu ada Garret Popcorn ni.
Sampai, mak oii ramainye beratur. Sedap sangat ke?

Ni antara packaging yang ada. Beli ikut saiz dan packaging yang dikehendaki. Makin cantek, makin lawala duitnye

So boleh cuci mata melihat harga garret popcorn ni.
So boleh scroll kat bawah, macam mana rupa popcorn ni mengikut flavour yang dikehendaki.
.
.
.
Selepas sedikit perbincangan (bincangla sangat) kami ambil chicago mix iaitu 2flavour yang dicampurkan (caramelcrisp+cheesecorn). Ambil yang large, sebab nak marathon movie la katakan so perlukan bekalan yang banyak.

Ini packaging yang kami ambil. Yeayyy dapat popcorn garret.  Tak sabar nak bukak. Bila makan malam tu, rasa mcm cepat muak la. Rasa garret ni okla, maybe saya bukan penggemar popcorn. Tapi bagi saya popcorn kat gsc lagi sedap kut, sebab bagi saya cheesecorn tu terlalu masin, beli yang flavour buttery tu pun masin. Caramelcrips pulak manis, lebih manis daripada popcorn gsc. Mungkin saya bukan orang yang suka makanan manis. Tapi kalau teringin nak makan popcorn pelbagai flavour, bolehla cuba. Dari 5bintang, saya bagi 2.5 sahaja. Mungkin sesapa yang dah rasa, mempunyai pendapat masing-masing. Bagi saya garret popcorn sekadar biasa-biasa jek.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil