Redwork Restaurant

Sebenarnya dah lama nak update pasal restoran ni, tapi disebabkan camera tetiba buat hal terpaksa ditangguhkan. Restoran ni memang glamer. Selalunya dapat ruangan eksklusif di suratkhabar. Acctually restoran ni glamer disebabkan steamboat dia, but ala carte pun tak kurang hebatnya. Kali ni saya update pasal ala carte. Untuk sesapa yang tak tahu, ala carte dia adalah berkonsepkan chinese muslim restaurant. Eh eh chinese lagi hikhik.. ntah kenapa tekak ni asek nak rasa chinese food jek. Nak biasakan diri kut.
Ok, yang ini senarai harga sesapa yang nak makan steamboat. Dont worry, pilihan dia memang banyak sampai tak terlarat dan tak tahu nak pilih. Semestinya memang terbaek. Pilihan ada 3 jenis kuah steamboat sama ada tomyam, sup atau herba. 

Ok, yang ni di antara menu ala carte yang kami pilih malam tu, scroll down pls..
.
.
.
.
Yang ini yang kami order hari tu Red Chilli Crab. Fuhh memang bes. Ada saiz small, medium @ large. Ini kalau dihidangkan dengan roti macam kat sentosa, singapore lagi umpph. Kuah di memang marvellous, rasa macam nak tapau bawak balik jek. Tapi ni kami makan dengan nasi putih.

Ini pula soft crab black pepper. Better sikit dari restoran horizon garden tempoh hari. 
Beef sizzling black pepper. Sedap. Daging dia memang lembut dan juicy.
Ni hokkien mee, tapi suami saya cakap macam mee kicap huhu.. 
 Suasana di restoran ini. Tempat makan memang luas, parking kereta pun senang. Divide kepada 2 ruang makan. Satu untuk steamboat, satu lagi untuk ala carte. Tempat ni ada surau, so memudahkan kita untuk menunaikan tanggungjawab. Sebab kalau lambat datang nanti fullhouse.. 
Ok, ni harga nya untuk semua makanan yang kami order. Untik minuman kami pilih watermelon juice dan serai juice. So kalau sesapa nak bawak rakan-rakan atau ahli keluarga dalam jumlah yang ramai, redwork is your choice. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil