Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

20 things i will not regret doing with my kids by Rachel Marie Martin

Sumber : http://findingjoy.net.Saya baca artikel ni dalam tren (sungguh membosankan dalam trwn yang asek terhenti-henti. Tahulah nak cuti )1. Tucking them into bed at night - ucap assalammualaikum, baca doa or baca cerita, kiss kat dahi dan selimutkan mereka. 2. Telling them i love them - bukan pada suami sahaja kite kena cakao hari-hari, tapi dengan anak pun.3. Listening to their stories - wahh bes dengar cerota sesi persekolahan mereka. Walaupun hari -hari akan jadi cerita yang sama. Biar mereka tahu kite ambil berat dan seronok dengan cerita mereka.4. Looking them in their eyes - kena bertentang mata. Tengok mata mereka. Jangan ingat suami jek kena bertentang mata. 5. Saying yes when its easier to say no - boleh amalkan but jangan kerap sangat.6. Showing them new things - macam bawak ke pusat sains negara. Kengkadang kite rasa anak kecil kite tak sesuai, tapi jika kita pandai bercerita, inshaAllah anak-anak akan dapat belajar benda baru..7. Teaching them to say please & thank y…

WW

Budak Hostel Part 2

Benda/Perkara yang selalu korang akan jumpa bile duduk hostel1) Makan maggi dalam baldi.. oooo mmmm ggggg ni ngeri haha. Acctually budak lelaki cter kat saya. Dasat noo kena buli dengan senior.2) Masa inspection hari sabtu, tu kebersihan dorm, kena tangkap sebab katil tak jeng (bermaksud cadar tilam tak tegang) so warden asrama akan bising.3) Prep pagi akan ada bebudak tido kat meja masing-masing. Nak pulak 1st period bahasa malaysia. Lagi la. Dan ade la aksi-aksi tido secara tegak di kerusi. Haha ..4) Prep malam masa untuk buat homework tapi ramai yang akan merayau ke kelas lain or jumpa awek. Dating dalam library.5) Baju yang sidai ampaian konpem ada yang hilang or tertukar.6) Bile bangun lambat sah-sah kena mandi dalam toilet sebab shower penuh.7) balik dari prep malam, kumpul kat tengah-tengah dorm cter gossio yang berlaku masa prep malam.Kisah Hantu Yang Popular Di Hostel.1) Hantu locker - ada student mati dalam locker time menyorok dengan cikgu disiplin, kawan lupa nak bukak. Le…

Renungan

Its true. No doubt

Budak Hostel

Korang memang duduk hostel/asrama?? Tak kirela time sekolah, matriks or universiti (ade ke asrama) mesti banyak kenangan yang manis, pahit, pelik sume adala. So sesapa yang tak pernah, bolehla joins baca blog saya. Sesama kite kongsi ...Acara Menyambut Besday.
Ni memang seksa, sesapa yang besday dia jatuh time sesi persekolahan memang akan berwaspada pada hari itu. Ala kalau berwaspada, sah-sah kena gak. Hewhew.. mana mampu nak lawan sorang-sorang.. antara sambutannya ialah... 1) gaul telur busuk + tepung lepas tu baling kat besday boy. So memang mandi tepung la hari tu. Seksa ooo nak cuci.2) gaul satu baldi dengan air ntahhapahapantah lepas tu kena simbah. Busuk giler...3) tukar locker. Ni kes sesapa yang ada pasangan cintan cintun kat sekolah. Baju lelaki kat locker perempuan, dan sebaliknya. Prep malam siap sediala ko pakai baju berlainan jantina. Sesapa pun tak dibenarkan memberi pakaian pada pasangan tersebut.4) yang ni saya pernah kena, terbalikkan locker dan segala benda dalam …

Ketika Memulakan Tugas

Pagi ni nak gi keje macam biasa kan?? Rutin seharian. Sampai kat pejabat, letak beg, tengok dokumen bersusun. Pening jap haha banyak kerja yang tak settle. Tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan (lupakan kekalahan man u semalam). Dengan hati yang tenang... jom baca doa ini ..,


Boleh juga nak amalkan doa ini.
Beserta dengan yang ini. Moga rezeki yang diberi pada hari ini diberkati. Masih stress lagi.. kalau stress tu, apa kata bangun dari tempat duduk, regangkan badan or apa kata g pantry pejabat, minum air suam. Kalau tak boleh lagi, amalkan doa ini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita pada hari ini. . . .
Tetapi sesapa yang ada berkesempatan lehla solat sunat dhuha..

Misi mencari ikan murah @ Pasaraya TT Fish Mart

Sekarang ni rakyat marhein akan cari barang murah untuk menampung kos hidup yang meningkat ni. So ada kawan suggest tempat nak cari ikan murah tapi segar. Lokasi pasaraya ni di Putra Kajang. Sederet dengan Butik Prof Dr Muhaya yang glamer tu. Murah sangat ke??? So misi hari ni gi beli ikan, ketam, sotong, kerang dan seangkatan dengannye yang murah. Cari jalan ni tau. Ade restoran Kemangi Cafe, so cepat-cepat pusing stereng tau. Nanti terlepas. So inilah kedai ikan murah tu. Wahh fullhouse. Nak cari parking pun susah. Sabar jelah, lain kali kena gi awal-awal. Macam-macam jenis ikan di laut dan di sungai ada. Sampaikan yang saya tak pernah dengar pun ada (nampak sangat jarang gi pasar tani hewhew). Ikan Yu kecik pun ada, sekilo rm6 sahaja. Aaa.. terbeliak matakan. Murah sangatkan. Saya jadi teruja tengok ikan banyak-banyak ni, fresh plak tu. Rasa macam nak borong nak bagi mak mertua dan mak sendiri.  Ni gambar ikan lagi. Acctually susah nak amek gambar sebab ramai orang. Dan orang pun dok p…

Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Ada sesapa tak pernah g Putrajaya?? Ok nak cter, putrajaya ni terbahagi beberapa presint, tak silap saya sampai presint 23. Setiap presint disediakan kompleks kejiranan, ala kalau kat kampung tu terkenal dengan nama balai raya. So kompleks kejiranan ni ada banyak dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti aerobik, kelas memasak, untuk perkahwinan dan bermacam lagi.Saya selalu bawak anak-anak saya pergi kompleks kejiranan presint 11 seperti ada kolam renang. Tak silap presint 8 pun ada. Selain kolam renang, ada court tenis, badminton, sepaktakraw, taman permainan dan bermacam lagi. So bolehla bawak anak-anak. * ni kawasan kolam renang. Terbahagi kepada 2 kawasan. Untuk dewasa dan kanak-kanak. *Ni kawasan kat luar dia. Besarkan. Memang bes bawak anak-anak kat sini.  *kalau weekend memang penuh. * ni rules dia. Tapi kiteorang selalu je langgar. Tak  ketat sangat penguatkuasaan dia * ni harga untuk masuk ke tempat kolam renang. Murah jek. Dont worry, harga memangla tersangat mu…

Part3 Luahan Seorang Teman

Ada orang tanya saya, bile part 3 nak dikeluarkan.  Saya tangguhkan sebab saya sendiri tak tahu nak tulis apa. Honestly, saya memang tak pandai nak nasihat orang. Selalu saya akan cakap .,,"Kalau itu yang awak fikir jalan terbaik, teruskan. Saya akan sokong awak"Sebab saya rasa tak layak nak bagi nasihat sebab saya sendiri baru dalam fasa ke 2 alam rumahtangga. Banyak benda yang saya harus belajar. Dan saya tahu saya bukanlah perfect, still learning, still makes mistakes.So apatah lagi dalam perbincangan / permasalahan yang serius dan banyak hati yang akan involve.  Bagi saya biarlah ia berlalu mengikut keadaan. Kadangkala mungkin dia mencari saya untuk mendengar apa yang telah difikirkan. Keputusan telah dibuat, dia perlukan saya untuk mendengar luahannya, dan saya gembira dapat membantu dia. Bukan membantu apa, tapi membantu meringankan beban dia dengan meminjamkan telinga dan otak yang Allah kurniakan kepada saya.Permasalahan ada dikedua-dua pihak. Tak boleh nak salahkan…

Pernah Terkena??

Konpem benda ni anda pernah terkena. Hahaha.. saya banyak kali terkena dan kadangkala saya pun berperangai macam tu. Maafla kalau terasa, maybe time tu saya perlukan ruang untuk saya berehat. Tapi saya juga akan marah plus merajuk kalau saya sedang cakap topik yang serius dan orang tu berperangai macam ni.. "Hello.. im here .." (muka tak puas hati)

"Heaven"

WW

Pesta Popcorn Garret

Bulan lepas tetiba nak buat pesta marathon movie kat rumah. Maklumla hubungan jarak jauh ni menyebabkan kami selalu berfikir nak buat benda bersama-sama sehabis baik. So kami pun terus pilih movie untuk ditonton. But  something missing. Yup, without popcorn tak besla acara marathon tu. So kami decide nak beli popcorn. Suami suggest Garret popcorn. Kami pun tak pernah makan, so terasa nak cuba. Terus pecut gi klcc, sebab kat situ je kami tahu ada Garret Popcorn ni. Sampai, mak oii ramainye beratur. Sedap sangat ke?
Ni antara packaging yang ada. Beli ikut saiz dan packaging yang dikehendaki. Makin cantek, makin lawala duitnye
So boleh cuci mata melihat harga garret popcorn ni. So boleh scroll kat bawah, macam mana rupa popcorn ni mengikut flavour yang dikehendaki. . . . Selepas sedikit perbincangan (bincangla sangat) kami ambil chicago mix iaitu 2flavour yang dicampurkan (caramelcrisp+cheesecorn). Ambil yang large, sebab nak marathon movie la katakan so perlukan bekalan yang banyak.
Ini packag…