Budak Hostel Part 2

Benda/Perkara yang selalu korang akan jumpa bile duduk hostel

1) Makan maggi dalam baldi.. oooo mmmm ggggg ni ngeri haha. Acctually budak lelaki cter kat saya. Dasat noo kena buli dengan senior.

2) Masa inspection hari sabtu, tu kebersihan dorm, kena tangkap sebab katil tak jeng (bermaksud cadar tilam tak tegang) so warden asrama akan bising.

3) Prep pagi akan ada bebudak tido kat meja masing-masing. Nak pulak 1st period bahasa malaysia. Lagi la. Dan ade la aksi-aksi tido secara tegak di kerusi. Haha ..

4) Prep malam masa untuk buat homework tapi ramai yang akan merayau ke kelas lain or jumpa awek. Dating dalam library.

5) Baju yang sidai ampaian konpem ada yang hilang or tertukar.

6) Bile bangun lambat sah-sah kena mandi dalam toilet sebab shower penuh.

7) balik dari prep malam, kumpul kat tengah-tengah dorm cter gossio yang berlaku masa prep malam.

Kisah Hantu Yang Popular Di Hostel.

1) Hantu locker - ada student mati dalam locker time menyorok dengan cikgu disiplin, kawan lupa nak bukak. Lepas tu ada incident, budak-budak balik prep malam, bukak locker, ada hantu dalam locker.

2) Hantu tingkap - tengah study kat bilik prep, tetiba ada orang tegor kat luar tingkap, padahal tingkap tu bukan tingkap balkoni. SPEECHLESS..

3) Hantu berus gigi - pergi toilet awal pagi/lewat tgh malam sengsorang, sekali nampak kawan tgh berus gigi kat depan sinki. Panggil nama kawan, sekali hantu pusing, dia tengah toreh gigi dia dengam pisau cukur... nebes nebes setiap kali nak gi toilet bile dengar citer ni.

4) Hantu ni paling glamer. Saya panggil dia hantu gula-gula aka hantu punjut. Hantu ni konpem orang cter nampak kat tangga tengah lompat-lompat.

Acctually banyak lagi cerita dan peristiwa menarik berlaku, tapi ibgat-ingat lupa. Bagi saya seronok sebenarnya duduk asrama ni. Macam-macam benda boleh belajar lebih-lebih lagi cara nak survive hidup kena buli dengan senior. Oklah, panjang sangat tak bes lak nanti.. xoxo

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil