Budak Hostel

Korang memang duduk hostel/asrama?? Tak kirela time sekolah, matriks or universiti (ade ke asrama) mesti banyak kenangan yang manis, pahit, pelik sume adala. So sesapa yang tak pernah, bolehla joins baca blog saya. Sesama kite kongsi ...

Acara Menyambut Besday.
Ni memang seksa, sesapa yang besday dia jatuh time sesi persekolahan memang akan berwaspada pada hari itu. Ala kalau berwaspada, sah-sah kena gak. Hewhew.. mana mampu nak lawan sorang-sorang.. antara sambutannya ialah...

1) gaul telur busuk + tepung lepas tu baling kat besday boy. So memang mandi tepung la hari tu. Seksa ooo nak cuci.

2) gaul satu baldi dengan air ntahhapahapantah lepas tu kena simbah. Busuk giler...

3) tukar locker. Ni kes sesapa yang ada pasangan cintan cintun kat sekolah. Baju lelaki kat locker perempuan, dan sebaliknya. Prep malam siap sediala ko pakai baju berlainan jantina. Sesapa pun tak dibenarkan memberi pakaian pada pasangan tersebut.

4) yang ni saya pernah kena, terbalikkan locker dan segala benda dalam locker tu akan disepah-sepahkan di seluruh blok asrama tersebut. Waaa kejam giler time ni rasa. Nak menangis pun ada. Dah lama kena time pagi. 630 pagi kena kosongkan blok. Dorm yang tak kemas, habesla kena dengan warden.

5) ni budak lelaki kena. Kena rendam dengan air kat monkeybar. Tahu tak apa benda tu. Ala peralatan gayut lepas tu bawah tu ada kolam yang air dia dah macam air kopi. Kalau jatuh, uishh kena pakai shower gel 1 botol.

6) setkan jam dari pukul 6pg kepada 3pagi. Lepas tu masa mangsa tido, letak segala toothpaste, shower gel, sabun serbuk basuh baju kat muka dan seluruh badan. So bile jam berbunyi, terdengarla mangsa menjerit hahahaha (ni saya join sesama)

7) dress up kan mangsa time prep malam. Kasut sebelah lain, selipar sebelah lain. Baju toksah cakapla. Dah macam clown dah.

Kejamkan acara sambutan kami. Tapi lepas tu adalah acara makan-makan. Tukar-tukar hadiah. Mula-mula pahit tapi lepas tu manis. Yang penting semua akan berjalan lancar kalau orang tu sporting. (Sporting ke tak sporting, memang takleh lari).

Minggu Orientasi.

Yang ni paling takut. Dahla baru masuk sekolah baru, orang pun baru. Lepas tu kena lak lalui minggu orientasi. Seram ooo dengan senior yang memang akan perlaku ganas plus kejam. Pura-pura jadi garang dan suka arah-arah..

1) yang ni glamer. Kena dapatkan tandatangan 100 senior kat dalam sekolah tu. Dalam satu paper besar dan dh siap kolum. Dalam kolum tu dia pecah lagi. Maknanya lebih 100++ tandatangan yang kena dapat. Bagi masa seminggu nak selesaikan. Dapat senior baik, oklah terus sign. Dapat senior kerek, dia suh buat persembahan sebelum dia sign. Dushh ni paling giler. Suh nyanyila, cari senior lain la, amek makanan kat dining room la. Macam-macamla. Nightmare...

2) jangan bertembung dengan senior dalam toilet. Ni saya kena. Awal giler kena bangun pagi bagi nak mengelak jumpa dorang. Sengsara. Tapi ni oklah, takdela teruk sangat. Sengsara kena bangun awal pagi.

3) lagi satu sengsara, ni bebudak lelaki kena, budak pompuan jr selamat. Kena sidai baju dorang yang berlambak-lambak kat ampaian. Bukan setakat sidai, kena basuh lagi hahhahhaa.. tahu jelah lelaki basuh baju cam mana kan.

4) kena kawad sebelum masuk dining room. Ok ni simple. Tak nightmare sangat. Sekadar kawad, pejam mata pun boleh.

5) kena tapaukan meals everytime waktu makan. (Waktu malan kat asrama ada 5 : breakfast, lunch, tea time, dinner dan supper). So semua kena ada. Nasib baikla time saya, sekolah memang akan hidangkan makanan di atas meja, tak perlu beratur. Dan tak pakai pinggan yang ade banyak ruang tu.

Oklah dah panjang sangat.. nanti sambung part 2 tu. To be continued..

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil