Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

Ada sesapa tak pernah g Putrajaya?? Ok nak cter, putrajaya ni terbahagi beberapa presint, tak silap saya sampai presint 23. Setiap presint disediakan kompleks kejiranan, ala kalau kat kampung tu terkenal dengan nama balai raya. So kompleks kejiranan ni ada banyak dewan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti aerobik, kelas memasak, untuk perkahwinan dan bermacam lagi.

Saya selalu bawak anak-anak saya pergi kompleks kejiranan presint 11 seperti ada kolam renang. Tak silap presint 8 pun ada. Selain kolam renang, ada court tenis, badminton, sepaktakraw, taman permainan dan bermacam lagi. So bolehla bawak anak-anak.

* ni kawasan kolam renang. Terbahagi kepada 2 kawasan. Untuk dewasa dan kanak-kanak.
*Ni kawasan kat luar dia. Besarkan. Memang bes bawak anak-anak kat sini. 
*kalau weekend memang penuh.
* ni rules dia. Tapi kiteorang selalu je langgar. Tak  ketat sangat penguatkuasaan dia
* ni harga untuk masuk ke tempat kolam renang. Murah jek. Dont worry, harga memangla tersangat murah.
* ni tag untuk kanak-kanak. Tag untuk dewasa warna hijau. 
After penat mandi kolam, leh pergi kat foodcourt dia. Memang mudah nak bawak anak-anak. Satu tempat ada macam-macam. 
* jangan risau, tempat ni disediakan bilik persalinan. Besar (lupa plak nak ambil gambar kat dalam). Di dalam disediakan locker untuk isi barang-barang berharga. Kunci boleh didapati di kaunter pembayaran.
*air pancuran untuk digunakan before and after mandi kolam.
Bagi yang teringin nak belajar berenang, kompleks sini juga disediakan kelas berenang untuk kanak-kanak dan dewasa. Kelas tenis pun ada. Saya ada join dulu before preggy. After preggy terus liat nak gi. Cikgu dia memang bes. So memang sesuai la nak bawak anak-anak dan keluarga. 

Di tepi kolam itu juga, disediakan gazebo untuk keluarga yang nak picnic but jangan lupa jaga kebersihan ye. So sesapa yang g putrajaya, bolehla jenguk-jenguk kawasan kompleks kejiranan sebab macam-macam ada.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil