Part3 Luahan Seorang Teman


Ada orang tanya saya, bile part 3 nak dikeluarkan.  Saya tangguhkan sebab saya sendiri tak tahu nak tulis apa. Honestly, saya memang tak pandai nak nasihat orang. Selalu saya akan cakap .,,

"Kalau itu yang awak fikir jalan terbaik, teruskan. Saya akan sokong awak"

Sebab saya rasa tak layak nak bagi nasihat sebab saya sendiri baru dalam fasa ke 2 alam rumahtangga. Banyak benda yang saya harus belajar. Dan saya tahu saya bukanlah perfect, still learning, still makes mistakes.

So apatah lagi dalam perbincangan / permasalahan yang serius dan banyak hati yang akan involve.  Bagi saya biarlah ia berlalu mengikut keadaan. Kadangkala mungkin dia mencari saya untuk mendengar apa yang telah difikirkan. Keputusan telah dibuat, dia perlukan saya untuk mendengar luahannya, dan saya gembira dapat membantu dia. Bukan membantu apa, tapi membantu meringankan beban dia dengan meminjamkan telinga dan otak yang Allah kurniakan kepada saya.

Permasalahan ada dikedua-dua pihak. Tak boleh nak salahkan salah seorang sebab bile berkahwin kita hidup for each others. Saling melengkapi. Buat masa ni saya hanya mendengar sebelah pihak sahaja, so tidak adil bagi saya untuk menyalahkan sebelah pihak. Cuma teman saya adalah orang yang saya betul-betul kenal dan fahami.

Saya hanya cakap dengan dia. "Terpulangla. Sebab keputusan dah pun dibuat. Nak patah balik pun tak boleh. Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Sebab melibatkan banyak pihak. Saya support awak" .... (krek krek krekk.. bunyi cengkerik, tetiba lol).

Cuma nak buat peringatan pada diri sendiri (bila baca blog sendiri, dapat ingat diri sendiri apa yang telah ditulis), kengkadang kite terlalu mencari kesempurnaan pasangan kita, padahal bila kita dah lafazkan akad nikah itu, seharusnya kita tahu kita kena menerima kekurangan yang ada pada diri kita dan pasangan kita. Hidup saling melengkapi, inshaAllah ada keberkatan disitu. Jangan terlalu mengongkong hidup kita dan pasangan sebab kengkadang kita perlukan ruang peribadi untuk diri kita dan begitu juga pasangan kita. Jangan jadikan pasangan kita seperti apa yang kita ingini but belajar untuk menerima pasangan kita seadanya.

Bila dengar or berbual dengan kawan-kawan even parents kita sendiri, jangan mengaibkan pasangan kita. Saya sendiri tak pernah menceritakan permasalahan rumahtangga saya pada sesapa. Masalah rumahtangga biar pasangan yang selesaikan sebab bila campurtangan pihak ketiga, dia akan menjadi parah (dapat lak kawan yang suke menghasut, or selalu buat solution sendiri). Kecuali dengan orang yang anda betul-betul percaya dapat membantu anda, Kena hati-hati. Oh ye most important, jangan compare kehidupan kita dengan kehidupan orang lain sebab kita sendiri tak tahu apa yang mereka lalui. Yang penting kena ikut kemampuan masing-masing. Lagi satu jangan terlampau excited menceritakan hal-hal rumahtangga, sebab kita tak tahu apa yang orang lain fikirkan.

Lagi satu pendapat saya, sebab zaman yang banyak social media ni, tak perlulah nak updates status romantik untuk pasangan kita. Kan lebih bagus kalau call je pasangan kita, dan cakap. Sebab kita tak tahu, ada orang diluar sana yang sedang struggle or even orang diluar sana yang ingat perkahwinan ni semuanya indah berlaka. Ingat, di saat kita gembira, ada orang diluar sana yang berduka. Ada orang ustazah bagitau saya "sembunyikan kegembiraan kita, kerana ada orang yang berduka, sembunyikan kekayaan kita kerana ada orang yang papa kedana". Perkahwinan adalah perjuangan yang menuntut seluruh hidup ini berjuang hingga ke nafas yang terakhir. Anda tidak perlu menjadi perfect, hanya jadi diri anda sendiri. Dan jangan sekali-kali updates status ketika sedang marah sebab kita tidak sedar apa yang bakal kita tulis membuatkan orang lain tahu relationship kita dengan suami/isteri bermasalah.

Buat teman saya tu, saya tahu anda sedang membaca. Seperti yang saya bagitau dulu, saya akan sokong anda. Bertindak mengikut keadaan. Jika ikatan itu tidak dapat diselamatkan lagi, ingat jagalah hati pihak-pihak yang terlibat. Jalankan tanggungjawab anda seperti biasa. Sebab jalan yang awak pilih, tiada istilah 'no turning back'. Apa-apa yang terjadi, dont worry saya ada disini, dan anda tahu apa yang perlu dibuat. Kongsikan dengan saya seperti selalu. Jangan risau, tak masuk dah dalam blog lepas ni. Hehehe...

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil