Ikan n Fish Always Fresh

Nak dapatkan ikan ayor tawar yang fresh dan tak hanyir (setengah orang tak makan ikan airtawar sebab bau hanyir), boleh dapatkan di kedai Ikan n Fish. Saya pergi ni terletak di presint 15, Putrajaya, sederet dengan showroom Perodua. Ikan air tawar ni dorang bela di 5kolam air tawar yang terletak di N.sembilan dan selangor. Dinasihatkan datang lewat sikit sebab stok ikan yang baru akan sampai dalam pukul 11pagi.

Ok, ni kedai dia..
Jangan datang jam 8pagi sudahla sebab ni bukan pasar.
Kat sini ade jual ikan patin, ikan talapia, ikan jelawat, ikan lampan dan ikan jade (1st dengar nama ikan ni). Yang besnye, setiap ikan tu dia akan terangkan cara memasak yang paling sesuai.
Kalau nak tahu kolam mereka terletak di mana, dorang siap framekan. Tapi sebab tinggi sangat (ke saya yang rendah ... ) tak tercapai dek tangan nak amek gambar dengan skill yang terbaek.
Hehe sorryla sebab saya memang pendek. Tak terjangkau tangan ni nak amek gambar kolam.
Ni keadaan dalam kedai tersebut. Bersih, kemas. Dan dibelakang tu tempat nak siang ikan.
Ni ikan talapia. Setiap ikan digredkan mengikut saiz A = paling besar sehingga la gred C = paling kecik
Saya beli ikan talapia gred C disebabkan tak ramai pun orang di rumah.
Yang bestnye, siap dapat kad keahlian untuk mendapat diskaun untuk next pembelian. Aaaa beli ikan pun ade membership kad. Kad keahlian dia murah je rm2. Kalau dia ade buat jualan murah (dah macam beli baju kat midvalley lak) dia akan call/text untuk remind kita. Oppss bukan setakat jualan murah, tapi kalau dia buka untuk memancing di kolam dia pun, dia akan call. Bagus marketing kedai ni..

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil