Note To Remember

Kengkadang dalam kehidupan kita seharian pelbagai perangai manusia yang kita dapat lihat (kalau yang jenis memerhati), biasalah bila memerhati kita terus jump to conclusion. Ngerikan, tak kenal apa-apa terus buat 1st impression.

Kengkadang ada gak orang yang memang kita kenal, tetiba hari tu kita jadi tak kenal. Kenapa jadi macam tu yek? Maybe kita tak berapa kenal dia betul-betul. Atau mungkin dia baru tunjukkan perangai dia yang sebenarnya.

Kengkadang ada gak berkali-kali manusia itu sakitkan hati kita, kita tetap akan berbuat baik pada kita sebab kita ingat pesan ayah/ibu bahawa hidup ini umpama roda, sejahat mana pun dia buat kita pastikan kita balas dengan benda yang baik untuk dia. Sebab ayah/ibu cakap pasti satu hari nanti Allah akan balas segala kebaikan pada kita.

Walau macam mana pun ragam manusia pada kita, seharusnya kita muhasabah diri kita sebaiknya. Jangan pula kita pun sama berperangai seperti dia. Mungkin ada di mana-mana yang kita silap tanpa kita sedari dan mungkin Allah nak tunjukkan kita.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil