Soalan Yang Biasa Ditanya Pada Saya

Q : Camne duduk jauh dengan suami?
A : Ok jek (sebab tak perlu explain panjang kerana takde orang pun yang akan memahami situasi anda)

Q : U kasi anak tengok kartun tak?
A : Beri but ade time limited, selalunya bagi dorang tengok pagi (9am - 1030am) dan petang (6pm - 730pm).
-memang kena ajar time untuk dorang tengok tv sebab kalau tak benda lain tak berusik sebab syok sangat mengadap. So far alhamdulillah dorang paham.

Q : Anak tido malam pukul bape?
A : 830 mlm dorang dah tido. Latih dari kecik sebab budak kena tido awal dan cukup jam untuk pembesaran mereka. Pagi dorang bangun pukul 630 pagi untuk jadi alarm clock subuh saya.

Q : U belikan dorang ipad tak?
A : Bagi but tu pun saya limitkan. Ada time tertentu. Hadkan masa.

Q : Selalunye beli mainan apa untuk dorang?
A : Untuk anak sulung saya belikan dia lego sebab bagi saya lego bagus untuk daya imaginasi. Adik dia saya setakat ni beli buku untuk dia.

Sekian. Xoxo

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil