Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Syirikkah Aku????

Hari tu dalam kelam-kabut menyiapkan tugasan yang diberi, sempatla menimba ilmu datang ke ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Latif dari Universiti Islam Antarabangsa. Ustaz ni kalau bagi ceramah memang bes, ceramah selama 2jam 1/2 tu tak terasa, rasa tak puas adalah.Sampai je dalam auditorium tu, 1st sekali dia cakap datang ke majlis dia mestilah tetapkan niat. Jika niat untuk ibadah, inshaAllah Allah akan merahmati.So tajuk kali ni memang bes. Tajuk kali ini Syirikkah Aku ??? Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu. Tambah ustaz ni lagi, syirik terbahagi kepada 2jenis iaitu syirik kecil dan syirik besar.Rasulullah pernah bersabda, syirik yang paling Rasulullah paling takuti ialah syirik kecil. Nak tahu kenapa?? Sebab syirik kecil inilah yang paling senang nak buat atau terjadi tanpa sedar ataupun tidak. Nauzubillah .. 
(Sorry, gambar kurang memuaskan).
"Lihatlah adakah mereka menyimpan apa-apa balasan untuk kamu sekalian, Allah tidak akan menerima sesuatu ama…

Bahasa Ubat

Agak-agaknya kalau bawa balik rumah atau lepas seminggu boleh ingat tak ni ubat apa ???? Bila pergi hospital kerajaan ini, semua guna 'bahasa medication'. Bila dapat ubat ni, terus terfikir, agaknya kalau warga emas mesti dia bawa pen dan terus tulis kat label tu.  Jangankan warga emas, saya pun boleh lupa ni ubat apa. Nasebla ada adik yang bekerja bidang ni, so bolehla tanya. Yelah, kalau salah makan ubat kan ke tak naye jek. Harap dapat diperbaiki, apa salahnya kalau di hujung nama ubat tu ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.

Soalan & Jawapan

Sahabat, kalau rasanya bila ada keluhan dan resah di hati, meh kita tengok ni, moga hati bahagia selalu

RememberingMH370

Kalau nak dikatakan sedih, mungkin inilah malamnya
Pusing kiri, pusing kanan,
Mencari kekuatan dalam kegelapan malam
Entah mengapa cuba menafikan kepastian yang adaYa Allah, andai itu yang telah Kau suratkan
Kami mohon ampun ya Allah
Tempatkanlah mereka di tempat hambaMu yang diredhai.Goodnight MH370
Laut itu tempat kamu bersemadi
Tenanglah kamu disana,setenang pada malam itu
Sebanyak mana ombak di laut itu,sebanyak itulah doa kami padamu.Malam ini penuh dengan tangisan
Malam ini sudah ada jawapan
Malam ini tak mudah untuk dilupakan.
P/s: kapten, you are the hero. Moga tenang bersemadi. Amin

Allah Lebih Tahu

Yesterday, very heartbreaking news. Allah give us a huge lesson. A very huge. Pray for them..I believe Allah teaching us all the lesson. A huge one. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Dia Maha Mengetahui dan Dia sebaik-baik perancang.
Jangan dilupa kepada sahabat kita di Mesir. Allahu Akbar

Good Morning

Gold Coast Morib

Hari tu saya ade post mengenai gold coast morib kan .. so sila enjoy gambar yang saya ambil, moga dapat merasai keterujaan anak saya dapat pergi tempat macam ni.. Bilik yang saya dapat mengadap pool, fuh naseb baik
Time ni jerebu teruk. Nak buat camne dah booked awal alhamdulillah anak-anak ok. Siap standby ubat awal-awal lagi.
So bolehla nak bawak anak-anak gi sini. Tarikan dia sebab water theme park ini. Sesuai dengan harga dia. Saya amek package RM 170 plus plus.. end up jadi RM198. Kami dapat 2 person breakfast and dinner passes, 2pass ticket water themepark. So oklah kan ... memang berbaloi baloi. Yang besnye tiada had ketinggian untuk bebudak, so ayah boleh bawak anak main slide. Memang permainan kat water themepark sesuai dan dibuat untuk kanak-kanak. Dont worry memang ade guard utk setiap slide.

Bila Sedih, Korang Buat Apa Ye??

Saja nak coret bla bla kat sini. Acctually tengah stress kerja, so take a break jap sebab tengok monitor dah nampak putih kosong je so rehat,, (menilik phone berjam jam boleh lak). Kalau korang tengah sedih, korang buat apa yek? Kalau saya sedih selalunya saya akan makan benda yang tersangatla pedas sambil keluar air mata. Saya akan cincang cili padi tu halus mulus dan letakkan dalam masakan. Selalunya lepas tu saya akan lega .. tak tahula nape sejak anak 2 ni dia bertukar habit hahahahahaha... pelikkan ..

Baru Tersedar .....

Bila keluar statement pasal #MH370 yang pihak tentera mengesahkan ade pesawat unknown berlegar di ruang udara Malaysia pada pagi sabtu 8hb Mac setelah 5hari kehilangan aircraft tersebut, tetiba tercakap dengan suami "eh eh kalau ada pesawat unknown masuk Malaysia, takkanla tentera kita buat dunno jek. At least mesti pesawat tentera kita pintas pesawat tu (ke saya memang tak tahu prosedur ketenteraan)". Suami gelak jek, dia terus bergurau dengan saya dan cakap "maknanya kalau awak bawak pesawat apa-apa pun, dont worry mereka takkan tembak awak" ... saya terkedu memikirkan betapa tak selamatnya Malaysia.

Malu Nak Mengaku ....

Iye saya tahu ramai dah post pasal ni, saya pun nak join post gak sebab saya geram plus marah plus manalah nak sorok muka ni. Adehhhh mengeluh panjang saya. Malu saya bila kawan non muslim saya tanya macam tu agama dorang praktiskan. Apa lagi kalau tak kerana bomoh bodoh serta pengikutnya yang dungu tu. Terang-terang sebut nama Allah. Mengeluh panjang saya. Sedangkan muslim lain sibuk pertahankan kalimah Allah jangan digunakan oleh penganut lain, tapi bila blackmagic boleh lak. Sigh .., Ni semua gara-gara bomoh yg kekononon jadi raja bomoh. Malu kami rakyat islam muslim. Dahla terang-terang buat kat klia dengan semua press media. Satu dunia tengok tau. Konpemla dorang ingat malaysia ni rakyat nye duduk dalam gua. 

Ni adalah kerana ade seorang menteri buat kenyataan yang membenarkan semua boleh buat untuk mencari MH370. Alahai pak menteri lain kali silalah berhati-hati nak buat kenyataan. Sekarang ni rakyat yang terima segala malu tu. Apalah yang saya perlu explainkan pada kawan saya tu …

Mesin Tiket Komuter

Dah 2kali kena macam ni bile kaunter tiket tutup. Ye saya guna kad touch n go untuk setiap perjalanan, tapi macam mana plak dengan pengguna yang purchase tiket setiap hari?? Mesti tertanya-tanya kan apala yang saya membebel pagi-pagi ni. Mesin tiket ktmb takleh terima syiling baru. Terukkan?? Punye dah lama syiling baru dikeluarkan, tapi ktmb still tak upgrade mesin mereka. Guna duit kertas?? Duit kertas baru pun still takleh terima. Aishh.. Nak tahu, kebanyakkan mesin tiket ktmb ni selalu jek tulis Duit Syiling Sahaja Digunakan. Ish pagi ni tak pasal-pasal saya bagi kat 2orang pengguna sebab dorang takleh purchase tiket tersebut. Naseb baek saya ni jenis kumpul duit syiling, so tak kesah sangatla.

#prayforMH370

Sedih dan sayu. Please stop the speculation or rumors. Please pray for the best.

#prayforMH370

Pukul Berapa??

Suami saya ni 24hour memang takleh berenggang dengan phone. Ada aje email dan whatsapps yang masuk. Tak kirela tengah malam, weekend, istilah tu tak pernah wujud dalam diari kerja dia. Sigh mengeluh gak memula dulu. Pernah dia 3hari cuti, sehari 143 email masuk dalam phone dia.. paling menyedihkan time seronok bercuti pun ada panggilan kerja. Tapi bile dah lama-lama macam tu, immune dah. Iyelah kerja makan gaji memangla macam tu. So redha jelah. 
Satu hari kawan bagi artikel kat atas ni. Tergelak jek. Bilalah agaknya Malaysia nak buat macam ni. (Mimpi dalam mimpi). Kalau kengkawan nak tahu, di Jerman shopping complex dan kedai-kedai (except kedai makan yang besar) akan tutup pada hari minggu. Pelikkan?? Di Malaysia weken tu harusla bukak. Pendapat saya mungkin nak suh satu keluarga luangkan masa untuk family jalan kat taman or di rumah.

Teaser - LASIK Surgery