RememberingMH370

Kalau nak dikatakan sedih, mungkin inilah malamnya
Pusing kiri, pusing kanan,
Mencari kekuatan dalam kegelapan malam
Entah mengapa cuba menafikan kepastian yang ada

Ya Allah, andai itu yang telah Kau suratkan
Kami mohon ampun ya Allah
Tempatkanlah mereka di tempat hambaMu yang diredhai.

Goodnight MH370
Laut itu tempat kamu bersemadi
Tenanglah kamu disana,setenang pada malam itu
Sebanyak mana ombak di laut itu,sebanyak itulah doa kami padamu.

Malam ini penuh dengan tangisan
Malam ini sudah ada jawapan
Malam ini tak mudah untuk dilupakan.

P/s: kapten, you are the hero. Moga tenang bersemadi. Amin

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil