Syirikkah Aku????

Hari tu dalam kelam-kabut menyiapkan tugasan yang diberi, sempatla menimba ilmu datang ke ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Latif dari Universiti Islam Antarabangsa. Ustaz ni kalau bagi ceramah memang bes, ceramah selama 2jam 1/2 tu tak terasa, rasa tak puas adalah.

Sampai je dalam auditorium tu, 1st sekali dia cakap datang ke majlis dia mestilah tetapkan niat. Jika niat untuk ibadah, inshaAllah Allah akan merahmati.

So tajuk kali ni memang bes. Tajuk kali ini Syirikkah Aku ??? Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu. Tambah ustaz ni lagi, syirik terbahagi kepada 2jenis iaitu syirik kecil dan syirik besar.

Rasulullah pernah bersabda, syirik yang paling Rasulullah paling takuti ialah syirik kecil. Nak tahu kenapa?? Sebab syirik kecil inilah yang paling senang nak buat atau terjadi tanpa sedar ataupun tidak. Nauzubillah .. 

(Sorry, gambar kurang memuaskan).

"Lihatlah adakah mereka menyimpan apa-apa balasan untuk kamu sekalian, Allah tidak akan menerima sesuatu amalan yang dilakukan dengan riya' meskipun riya' nya sekadar debu"

*self reminder .. 

"Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya, mereka yang mengerjakan kebaikan minta dilihat orang" (al-Ma'un : 4-6)

Menurut ustaz, riya' terbahagi kepada 5 jenis : 
● riya' tubuh
● riya' dalam berpakaian & berkeadaan
● riya' dalam ucapan
● riya' dalam perbuatan
● riya' dalam soal ibadat. 


(Dapat tempat duduk jauh sikit, sebab datang lambat. Hope dapat baca apa yang dipaparkan)

p/s : bila dengar ceramah macam ini, kena betulkan niat, jaga perbuatan dan percakapan. Self reminder. Moga dijauhkan dari syirik kecil ini.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil