Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

WW

Trip Ke Kuching - Day 2 : Cultural Village

Pagi - pagi lagi isi perut sebab hari ni akan berjalan fullday. Pitstop kami hari ni Santubong - Kampung Budaya Sarawak (Cultural Village) - Sarawak River Cruise - So after breakfast di hotel, terus drive pergi Santubong. Sebab nak tengok Gunung Santubong. Tahu tak mengenai lagenda Gunung ni? Dorang cakap gunung ni berbentuk seorang perempuan tengah berbaring.
Ni la gunung lagenda tu. Cantek sebab pagi tu diselebungi oleh kabus. Kami cubala berimaginasi hehehe. Nanti bacalah kisah lagenda ni. Perjalanan ke Cultural Village ni mengambil masa lebih kurang sejam. Tempat ni dibuka bermula pada pukul 0900am. Tiket dewasa berharga RM60. Kanak-kanak RM30. Ada tiket untuk grouping/berkumpulan. Masa kami sampai, dah ramai budak sekolah dan budak tadika mengadakan lawatan.
Entrance Cultural Village. 
Lepas bayar tiket, staf kaunter akan bagi 1 passport sebagai tanda cenderamata. Di dalam passport itu akan diterangkan mengenai Kampung Budaya Sarawak. Dan akan disediakan tempat untuk dichop untuk j…

Trip Ke Kuching - Day 1

Akhirnya dapat gak holiday, tinggalkan segala kerja di office yang tak pernah akan surut. And lucky me, my hubby dapat bercuti panjang. Selalunya dia memang susah nak apply cuti. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kami pergi 4anak beranak dengan harga flight ticket pergi dan balik RM710 dengan Malaysia Airlines. Murahkan. Okla tak perlulah bersesak dengan orang ramai. Kami parking kereta di ERL putrajaya 4 hari = Rm16 (more cheaper than klia parking) naik 1st train pukul 0450am. 20minit sampai dah klia. Check in bagasi dan solat subuh, flight pukul 0720pagi. Yeayy.. si kecik pun ok, tak meragam sebab awal-awal dah bagi dia makan secukupnya. Dalam flight pun makan nasi lemak lauk sotong. Syukur dengan rezeki hari itu. Perjalanan mengambil masa 1jam 40mins. So here ye go. Bismillah.
Sampai di Kuching International Airport pukul 0930. Hubby awal-awal sewa kereta alza siap driver sekali. Sewa kereta alza + minyak + driver sehari = RM150. 1st day jek kami pakai d…

Iklan Susu

Saya cukup anti bila ada iklan susu kanak-kanak yang mempromote susu yang kekonon bagus untuk menggantikan anak-anak yang tidak makan sayur @ buah-buahan. Tak perlulah cakap brand apa. Dah terang lagi bersuluh. Bagi saya ibu bapa jangan ambil mudah terhadap makanan anak-anak. Seperti orang nak kurus, makan jek ubat kurus without senaman or tanpa sekatan pemakanan. Nonsense.Mungkin anak-anak ada sayur yang mereka akan makan. Buah yang mereka akan suka. Yang penting kena berterusan. Jangan masak sayur, terus nak mengharapkan mereka suka makan. So ibu bapa kena kreatif. Ye memang ibu bapa sibuk tapi itu bukan alasan menyerahkan sepenuhnya anak-anak kepada bibik. Anak saya memang ada jenis sayur yang mereka tidak akan makan. Selalunya saya akan bercerita tentang kartun yang mereka tonton relate dengan sayur. Contohnya watak kartun yang popular sekarang, Frozen. Dalam citer tu kan, ada watak mountain man nama Kristoff dan raindeer Sven yang share makan carrot. So saya cakap kalau nak hebat…

Packages Terhebat - Redbite Photography

Alamak ... nak kahwin but still cari photographer yang terhebat tapi dengan package yang murah dan affordable but hasilnya superb. Hari ni nak buat iklan jap. Team Redbite ni saya dah kenal lama. Memang gambar best gler. Dari package semurah Rm400 .. apa, biar betui. Betui bak hang. Jangan terkejut. Bolehla contact dorang ni melalui salah satu team member ni yang saya percayai .. klik link bawah ni ye. Kat situ banyak giler gambar yang diambil dan boleh ditengok. Banyak giler packages dorang tawarkan. Memang terbaekla. Bak kata boboiboy.. Terbaekkk..http://www.facebook.com/WandyYusoffRedbitePhotographyhttps://www.facebook.com/lirzalurzahsMacam-macam events dorang amek. Dari wedding, pre wedding, baby shower, baby, convocation, engagement or anything moments yang korang nak abadikan, boleh request dengan orang. Siap leh discuss harga lagi. Nak tengok gambar, meh saya tunjuk sikit.. Alololo comeykan. Amacam cun tak gambar.
Cantekkan? 
 Ni memang syahdu. Moments ni harusla disimpan buat ken…

Musim Hujan

Sekarang ni musim hujan kan. Kalau dapat makan ubi rebus cicah gula dengan kopi O sedapnya. Miss the moments. Hujan lebat ni perut memang minta diisi. Sebelum tu apa kata, kita baca doa ni.

Surat dari Rakyat Marhein

Terlebih rajin hari ni update blog sebab tengah ada masa terluang. 
Al kisahnya saya terima surat ni bulan lepas. Bila dapat surat ni, saya terkedu sampai tanya person-in-charge betul ke @ sekadar alasan. Dia cakap betul. Merenung surat ni, muhasabah diri. Ya Allah, mudahkan urusan dia, lapangkan rezeki dia. Moga dia sekeluarga dalam lindunganMu. Ameen.
Staf ni ambil keputusan untuk balik ke kampung, Perak sebab tak mampu nak tanggung kos sara hidup. Inilah realiti hidup yang terpaksa kita hadapi. Part time job sekarang memang sangat-sangat perlu.

Sand Sculpting @ Holiday Villa Cherating

Ada sesapa berminat. Jom join kami. Family-in-laws saya every year masuk since 2006. Best walaupun terpaksa di panah panah dek matahari. Who cares hahaha.. padahal dah siap tepek spf150 banana boats lagi. Tapi memang seronok sebab memang kreatif orang yang menyertai. Banyak students yang involve. Sampai 15 groupla. Hadiah memang lumayan dan selalunya pakej bercuti, duit dan hamper. Every year akan disediakan tema berbeza. Hadiah untuk team terbaik dari segi pakaian pun ada tau.

Kalau nak duduk kay holiday villa pun boleh. Pihak penganjur siap sediakan packages beserta bbq lagi. So tunggu apa lagi, sesapa yang ada skills or untuk suka-suka, boleh join. Inilah masa untuk bermain pasir dengan keluarga. Budak bandar haruslah join hehe. Jom isi laju-laju.
(p/s : sila sediakan sunblock dan topi ala-ala hawaii ok)

Dilema Ambil Pembantu Rumah

Ni kisah semalam. Pagi semalam sampai kat office, tengok kawan menangis. Cuak mak bile tengok macam tu. Sakit ke? Hilang barang ke? Atau ada kematian ke? Tanyala kenapa. Rupanye pasal pembantu rumah dia buat hal.Kawan saya ni memang asyik berdepan dengan masalah pembantu rumah. Kesian dia berhabis sampai berbelas ribu tapi pembantu rumah hampeh. Dulu lari tinggalkan anak-anak dia, nasib ada cctv dan jiran yang prihatin nampak. Ni pulak pembantu rumah dia hempas aka baling anak dia. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Bile tengok rakaman cctv tu, berlinang air mata. Sampai hati aka tergamak dia buat macam tu pada budak kecik. Kawan saya tu memang baik. Dengan pembantu rumah memang dia tak berkira sangat asalkan pembantu rumah tu jaga anak-anak dia dengan baik. Segala keperluan pembantu rumah dia sediakan tanpa menolak gaji pun sampaikan simpanan pembantu rumah dia tu kalau balik negara dia confirm leh beli 2 atau 3 banglo.Bila saya tengok rakaman tu, mengucap panjang saya. Bergenang air…

WW

Dont Feel Bad

" Dont feel bad if people remember you only when they need you. Feel privileged that you are like candle that comes to their mind when there is darkness. " Dalam hidup korang, pernah tak korang rasa macam tu? Tentu pernah kan. Tetiba nak coret ni sebab ada seorang kawan mengeluh sebab dia selalu kena macam tu. Ala tu gunanya kawankan. Bangga la sikit sebab dia cari kita untuk tolong dia walaupun pertolongan kita tak seberapa. Cheer up dear! Wink wink wink

Sesaja Upload

Foody Wadihana @ Bangi Getaway

Hari tu berdating dengan incik suami kat Bangi Getaway. Kirenya Bangi Getaway ni mall yang terbaru la ada. Kalau nak pi sini, dari exit tol Bangi, sila tengok signboard Jaya Grocer. Sebab kat Bangi Getaway ada Jaya Grocer, yeayyy. Mall sebelah kanan so kena buat u-turn. Parking still free. Apa yang best? Kat sini ada banyak outlet tudung yang murah-murah dan cantek. Kire ikut kemampuanla. Eh melalut lak padahal nak citer pasal restauran makanan ni. Foody ni outlet ke 3 francais Wadihana. Lagi 2 kedai makan dia kat berhadapan blok butik palingggg eksklusif Fareeda. So saje nak try outlet baru ni.
Ni alamatnya. Punyelaa malas nak menaip.
Selesa, ni ruang sebelah luar.
Simple.
Ada aircond. Malaysia kan panas hehe.
Sesapa yang tak tahu lagi. Wadihana punye style pekerja dia semua lelaki tau. Tak tahula nape. Meh kite tengok menu dia .. Siap ada value meals lagi. Dari western sampaila ke makanan biasa. Murahkan. Tertarik tak?? Rojak buah pun ada .
Actually outlet ni menyediakan makanan dari barat,…