Skip to main content

Dilema Ambil Pembantu Rumah

Ni kisah semalam. Pagi semalam sampai kat office, tengok kawan menangis. Cuak mak bile tengok macam tu. Sakit ke? Hilang barang ke? Atau ada kematian ke? Tanyala kenapa. Rupanye pasal pembantu rumah dia buat hal.

Kawan saya ni memang asyik berdepan dengan masalah pembantu rumah. Kesian dia berhabis sampai berbelas ribu tapi pembantu rumah hampeh. Dulu lari tinggalkan anak-anak dia, nasib ada cctv dan jiran yang prihatin nampak.

Ni pulak pembantu rumah dia hempas aka baling anak dia. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Bile tengok rakaman cctv tu, berlinang air mata. Sampai hati aka tergamak dia buat macam tu pada budak kecik. Kawan saya tu memang baik. Dengan pembantu rumah memang dia tak berkira sangat asalkan pembantu rumah tu jaga anak-anak dia dengan baik. Segala keperluan pembantu rumah dia sediakan tanpa menolak gaji pun sampaikan simpanan pembantu rumah dia tu kalau balik negara dia confirm leh beli 2 atau 3 banglo.

Bila saya tengok rakaman tu, mengucap panjang saya. Bergenang air mata. Nasibla kawan saya tu ada tahap kesabaran yang tinggi, kalau tidak mau pembantu rumah tu kena lempang bertubi-tubi.

Bila terdengar kisah macam tu, saya rasa macam sedih. Sebagai ibu dan isteri yang bekerjaya terpaksa menyerahkan anak di bawah jagaan orang lain. Sanggup berhabis duit asalkan terbaik untuk anak-anak. Tapi bila jadi macam ni saya berfikir mungkin ada hikmah dan petunjuk yang Allah bagi. Sebab saya percaya Allah adalah Maha Penentu dan Perancang yang terbaik.

Kita tak ada pilihan. Jika suami bergaji besar, alhamdulillah mungkin kita boleh menjadi fulltime housewife. Tapi jika suami bergaji sederhana mungkin kita terpaksa membantu.

Saya tak tahu nak cakap apa dengan kawan saya tu. Cuma yang saya cakapkan, fikirla sebaik-baiknya. Percayalah rezeki Allah itu luas. Allah saya kita, itu Dia uji kita macam-macam supaya kita sentiasa ingat dia.

Hari ini kawan saya cuti, nak settlekan dengan imigresen untuk batalkan permit pembantu rumah dia dan beli tiket kapal terbang untuk pembantu rumah dia. Dia akan settlekan dengan agency terlibat dan akan menyerahkan segala gaji pembantu rumah tersebut. Itu penyelesaian terbaik untuk dia. Moga Allah permudahkan segala urusan dia. Ameen.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…