Iklan Susu

Saya cukup anti bila ada iklan susu kanak-kanak yang mempromote susu yang kekonon bagus untuk menggantikan anak-anak yang tidak makan sayur @ buah-buahan.

Tak perlulah cakap brand apa. Dah terang lagi bersuluh. Bagi saya ibu bapa jangan ambil mudah terhadap makanan anak-anak. Seperti orang nak kurus, makan jek ubat kurus without senaman or tanpa sekatan pemakanan. Nonsense.

Mungkin anak-anak ada sayur yang mereka akan makan. Buah yang mereka akan suka. Yang penting kena berterusan. Jangan masak sayur, terus nak mengharapkan mereka suka makan. So ibu bapa kena kreatif. Ye memang ibu bapa sibuk tapi itu bukan alasan menyerahkan sepenuhnya anak-anak kepada bibik.

Anak saya memang ada jenis sayur yang mereka tidak akan makan. Selalunya saya akan bercerita tentang kartun yang mereka tonton relate dengan sayur. Contohnya watak kartun yang popular sekarang, Frozen. Dalam citer tu kan, ada watak mountain man nama Kristoff dan raindeer Sven yang share makan carrot. So saya cakap kalau nak hebat macam Kristoff lawan orang jahat dan snow monster tu kena makan sayur. Kalau tak makan, nanti tak kuat macam Kristoff.

So be creative. Macam-macam kita boleh buat, mula-mula makan sikit takpe, lama-lama mereka akan terbiasa.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil