Trip Ke Kuching - Day 1

Akhirnya dapat gak holiday, tinggalkan segala kerja di office yang tak pernah akan surut. And lucky me, my hubby dapat bercuti panjang. Selalunya dia memang susah nak apply cuti. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Kami pergi 4anak beranak dengan harga flight ticket pergi dan balik RM710 dengan Malaysia Airlines. Murahkan. Okla tak perlulah bersesak dengan orang ramai. Kami parking kereta di ERL putrajaya 4 hari = Rm16 (more cheaper than klia parking) naik 1st train pukul 0450am. 20minit sampai dah klia. Check in bagasi dan solat subuh, flight pukul 0720pagi. Yeayy.. si kecik pun ok, tak meragam sebab awal-awal dah bagi dia makan secukupnya. Dalam flight pun makan nasi lemak lauk sotong. Syukur dengan rezeki hari itu. Perjalanan mengambil masa 1jam 40mins. So here ye go. Bismillah.


Sampai di Kuching International Airport pukul 0930. Hubby awal-awal sewa kereta alza siap driver sekali. Sewa kereta alza + minyak + driver sehari = RM150. 1st day jek kami pakai driver, sebab penat. Hari kedua dan seterusnya drive sendiri. 4hari sewa kereta (include 1st day guna driver) kami hanya bayar RM350 (ok tak?). Ambil kereta besar sebab adik join sekali. Selesa sikit. Kalau viva = RM80 sehari (dont worry leh discuss lagi harga kereta tu, driver ni memang peramah). Please contact dia, di talian 019 864 9264 En Din. Memang terbaek. Servis tiptop. Masa hantar kereta pun, just drop je kereta kat airport, dia akan datang ambil. Disebabkan hari terlalu awal lagi untuk check in hotel so kami jalan-jalan dulu. Oh ye, kami booking hotel Grand Margherita. Kami pilih ni sebab dekat dengan sungai dan waterfront so tak perlu jalan jauh. Kami ambil package Kuching free and Easy sebab dapat ticket free Sarawak River Cruise untuk 2 orang. Kalau gi Sarawak, tak naik river cruise tak lengkapla holiday tu nanti. Harga 4hari 3malam di Grand Margherita include tax RM950.82. Mahal sikit. Pilihan hotel yang ada berdekatan sungai ialah Riverside Majestic dan Hilton Hotel. Kalau budget biasa-biasa leh menginap di Hotel 360 tapi jauh sikit dari waterfront. Hotel baru lagi, tak silap RM150 semalam atau disekelilingnya memang banyak hotel budget serendah RM60 semalam. Terpulang pada budet masing-masing. 

So 1st day, driver bawak kami pergi Jong Crocodile Farm. Harga tiket untuk dewasa RM 16. Kanak-kanak bawah 6tahun tak perlu bayar. Kat sini pun dia paparkan gambar tragedi buaya makan penduduk dan ceritanya sekali. Oh ye ingat lagi bujang senang? Nak bergambar dengan tengkorak dia, lehla datang sini.
Back to nature. Datang sini macam menyeramkan jek. Everywhere ada buaya. Dari kecik sampai la ke datuk buaya semua ada. Bujang sudin, bujang indon dan bermacam lagila nama yang diberikan. Sorry tak ada gambar buaya, si kecik excited terlebih terpaksa dukung dia.

Ni tempat jumping crocodile. Budak memang suke aksi ni. Pekerja letakkan daging atas tali tinggi, and then buaya tu akan mula menangkap daging tersebut. Buaya yang besar gedabak sume tidur. Yang aktif saiz sederhana jek.
Selain buaya, adalah binatang lain seperti peacock, ikan araipama yang saiz giant. Selepas hampir 2jam kat crocodile farm ni, driver tu En Din bawa kami makan kat kedai makan Serapi Corner. 

Destinasi kami seterusnya ialah 
.
.
.
.


Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh. Menurut staf kat situ memang ada lebih 20 ekor orang utan ada kat situ. Memang kami beruntung sesangat yang ada 3 ekor orang utan menjengukkan mukanya. Kami diingatkan supaya diam kerana orang utan tak suke keadaan yang bising. Sorry tak gambar orang utan sebab saya tengah memegang si kecik tidur. Harga tiket dewasa RM5.

So part 1 settle. Ambil adik kat airport, dinner (later akan diceritakan tempat makan yang bes kat sini) terus check in hotel. Penatnya hari ini.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil