Trip Ke Kuching - Day 2 : Cultural Village

Pagi - pagi lagi isi perut sebab hari ni akan berjalan fullday. Pitstop kami hari ni Santubong - Kampung Budaya Sarawak (Cultural Village) - Sarawak River Cruise -

So after breakfast di hotel, terus drive pergi Santubong. Sebab nak tengok Gunung Santubong. Tahu tak mengenai lagenda Gunung ni? Dorang cakap gunung ni berbentuk seorang perempuan tengah berbaring.


Ni la gunung lagenda tu. Cantek sebab pagi tu diselebungi oleh kabus. Kami cubala berimaginasi hehehe. Nanti bacalah kisah lagenda ni. Perjalanan ke Cultural Village ni mengambil masa lebih kurang sejam. Tempat ni dibuka bermula pada pukul 0900am. Tiket dewasa berharga RM60. Kanak-kanak RM30. Ada tiket untuk grouping/berkumpulan. Masa kami sampai, dah ramai budak sekolah dan budak tadika mengadakan lawatan.

Entrance Cultural Village. 

Lepas bayar tiket, staf kaunter akan bagi 1 passport sebagai tanda cenderamata. Di dalam passport itu akan diterangkan mengenai Kampung Budaya Sarawak. Dan akan disediakan tempat untuk dichop untuk jenis rumah yang akan dilawati. 
Ni passport yang diberi. Boleh disimpan sebagai hadiah.
Ada 6 buah rumah untuk dichop. Sayangnya masa kami pergi, salah satu rumah Chinese Farm House sedang dalam construction. Memang sayang. Ada 6 jenis rumah di sini iaitu Bidayuh, Penan, Melayu, Melanau, Cina, Iban, dan Orang Ulu. Aaa kalau rasa nak kurus leh gak datang sini. Nak tahu kenapa??


Sebab rumah mereka semua tinggi-tinggi dan tangganya kebanyakan memang adventure.

Tengok.. tinggi kan. Ni baru sikit. Kalau g rumah Melanau, lagi tinggi. Baju memang basah dengan peluh tambahan cuaca time ni memang panas. So lepas ni enjoy gambar yang diambil oleh adik saya,  Dr Muna. Kredit tu her. Naseb dia ada gopro.

Sesapa ada phobia pada ketinggian dinasihatkan tak perlulah naik sebab takut tak reti nak turun


Ni dekat Rumah Melayu. Disediakan persembahan.
Sungguh kreatif. Ni rumah Melanau.After dah jelajah 6 buah rumah, kami bergegas ke Theatre Budaya. Nak tengok persembahan kebudayaan. 1st show start pukul 1130am. Kena pergi awal-awal sebab takut takcukup kerusi. memang ramai sampai ada yang duduk atas tangga.
Memang best persembahan. Bukan setakat menari malah siap ada lawak sekali. Overall memang terbaek.
Anak saya dah kena tangkap dengan dorang masa last persembahan mereka.
So dengan harga tiket RM60, saya rasa memang berbaloi. Lagipun di sinila kita dapat melihat budaya masyarakat Sarawak. 

Ada demonstrasi lagi cara nak masak kuih sepit. Ingatkan kuih sepit ni ada kat semenanjung je. Di sini mereka masak menggunakan arang kayu. 


Dapur tradisional. Teringat dapur arwah nenek saya. Unik.
Kredit pada adik saya, Dr Muna. Fuhh berguna gak beli gopro.
Ni dalam rumah Melayu Sarawak.
Tengah masak kuih bahulu. Kalau nak beli pun boleh kuih bahulu tu di sini. Murah jek RM3.

Kalau sesapa nak belajar menyumpit bolehla di Rumah Penan. Dikenakan bayaran RM1 untuk 3kali sumpitan. Satu pun tak kena. Haiyakkk..
Ni jambatan masa mula-mula masuk kat entrance. Anak sulung saya membebel bising cakap bila nak sampai. Hahaa.. macam manala diaorang leh jalan laju-laju kat sini. Tips kalau melancong di tempat macam ni, if ada baby jangan bawak stroller tau. Tak sesuai sesangat. Pakai jek carrier baby. Lagi satu pakaila kasut yang sesuai.

Entry untuk hari ke2 ni saya terpaksa buat 2part sebab panjang sangat. Hope enjoy. Next entry Sarawak River Cruise. So now enjoy semua gambar yang adik saya ambil. 



Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil