Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Nasi Ayam Gemas Presint 15, Putrajaya

Restoran ni terletak di komplek perniagaan presint 15, bersebelahan dengan farmasi cosway dan berhadapan dengan Restoran Tomyam Kung yang famous tu. Restoran hanya menjual nasi ayam sebagai menu tunggal mereka. Memang sedap dan terbaik. Bagi saya, nasi ayam yang dimasak itu memang lain dari yang lain. Sedap. Kebetulan hari tu nak pi makan kat umah mak mertua. Dia suh beli lauk je. So apalagi, beli ayam dari restoran ni memang berbaloi. Untuk seekor ayam, dia charge RM40. Disebabkan tak ramai orang di rumah, so kami beli separuh je, RM20. Siap bagi sos kicap, sos cili dan kuah sup. 

Ni rupa ayam yang menyelerakan dan menggoda itu. Maaf tak dapat den nak tunjukkan nasinya yang sedap itu. Tanya tokey apa rahsia nasi dia yang sedap tu, huhu tokey tak kasi bagitahu sebab resipi rahsia turun temurun. Nak menangis sebab gagal dalam misi mendapatkan resipinya.

rugi tak beli nasi sekali sebab mak mertua dah siap masak nasi di rumah. Kalau ada rezeki, nanti saya upload gambar nasi dia ye.


Ni k…

Burgerbyte by Zizan Razak

Kenal tak Zizan Razak? Konpem kenal kan. Tahu tak dia ada buka rangkaian restoran burger? So sesapa tak tahu, ya dia ada buka restoran yang diberi nama Burgerbyte. Kami pergi ni dekat Bangi, kompleks perniagaan bersebelahan Bangi Getaway iaitu di Seksyen 15. Waktu operasi dari pukul 5pm sampai 1am. Jangan datang waktu lunch lak tau.
Deco restoran simple sahaja. Masa kami sampai, ramai gak yang datang makan burger. Harap-harap dapat jumpa Zizan. LOL
Konsep restoran dia macam pergi makan kat McD. Order di kaunter, dan mereka akan bawa makanan di meja. Menu dia pelbagai jenis burger, spagethi, hotdog, hot plate burger (patty burger yang dimasak di dalam hot plate). Maaf tak dapat amek gambar menu dia sebab ramai yang beratur di belakang. Tak sampai 5minit, makanan pun sampai.
Ni spagethi bolognese, di atas spagethi tu ialah patti burger yang digrill. Memang kenyang makan ni. Rasa?? Sedikit kecewa sikit sebab macam tawar. Terlupa bubuh garam kut. Opss kena kurangkan garam.
Jalapeno burge…

Hari Jumaat

Gambar ihsan google

10 Perkara Anak Akan Ingat

Artikel ni saya dapat di : www.the36thavenue.com
Menarik untuk dipraktiskan. Mudah dan simple■ Baca buku dengan mereka.
- perasan tak, kalau kita baca pada mereka buku cerita setiap malam, pasti malam berikutnya dia akan suruh kita bacakan lagi. Baguskan. Bukannya lama sangat pun, sekejap je. Ambil masa dalam 5minit sehingga 10minit. Lepas tu yang menarik mereka akan tanya soalan macam-macam yang tak terjangkau dek akal. Ni selalu saya kena. Saya dari keluarga yang memang ulat buku, memang dah jadi habit saya untuk membeli buku setiap bulan, so memang banyaklah buku mereka di rak. " Fill your house with stacks of books, in all crannies & all the nooks"
- dr seuss■ Sentiasa mendengar apa yang mereka katakan.
- benda ni paling penting, lagi satu eye contact pun penting. Pastikan setiap kali mereka bercerita, mata kita tepat kepada mata mereka. Time mereka bercerita, memang macam-macam mereka akan cerita. Kadangkala tak terfikir oleh kita. Betapa kreatifnya cara mereka berf…

Sayu Hati Ibu

Hari ini hantar anak pergi sekolah macam biasa. Pukul 6pagi dah terpacak dia dan adik dia depan sekolah. Entah kali ni rasa sayu melihat wajah mereka. Gelap lagi. Kawan-kawan yang lain pun tak ada lagi. Kelas bermula pukul 800pagi. Alahai anak, maafkan ibu. Mereka seakan memahami ibu yang terpaksa pergi kerja. Perlahan-lahan masuk dan duduk bersila di hamparan permaidani sekolah. 
"Ibu, nak kiss?" Abangnya akan selalu meminta. Saya akan cium dahi dia. "Petang nanti ibu datang ambil ye".
Ibu mengharapkan ihsan dari pihak sekolah yang memahami ibu yang kerja dan travel jauh setiap hari. Saya bernasib baik pihak sekolah memahami situasi saya dan sanggup bukakan pagar sekolah seawal pukul 6pagi semata-mata anak saya tanpa sebarang extra charges. Saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Ye anak saya seawal 530pagi dah siap mandi dan minum susu. 6pagi sudah sampai di sekolah. Sampaikan anak sulung saya tu ingat kalau pergi sekolah, hari kena ge…

Kenali Wanita

Sedutan motivasi ni saya peroleh dari radio IKIM.fmSaidina Ali r.a berkata : bila bercakap dengan wanita, jangan percaya kata-katanya, fahami gerak lakunya.Ni contoh penceramah tu beri.Contoh 1 : Sedang memasak, isteri datang pada suaminya.
                   Isteri : "garam dah habis."
Para suami, fahami yang tersirat, maknanya suruh pergi ke kedai beli garam.Contoh 2 : Suami : " nak makan mana malam ni? "
Isteri :  " ikut abangla"
Suami yang tak faham, konpem akan bawa makan ikut selera dia. Tapi jika suami jenis faham, dia akan bawa isteri makan di tempat feveret dia.- bila saya terdengar dekat radio mengenai benda ni, saya mula berfikir. Ada betulnya jugak sebab perempuan ni jenis suka fikir yang selok-belok (complicated). Lelaki jenis yang simple cara pemikiran mereka. So apa pendapat anda??
Credit:instagram lynda_roslan

Talk To Each Other

Im so sorry mother, daddy, father, mama, friends. Please talk to each other. No smartphone. Silent your phone. Or just keep inside in your bag/pocket. Enjoy your meals. Talk to your spouse, talk to your daughter/son. Someday u will miss this moments. They grow up very past.

Siuasi ni memang agak menyedihkan saya. Si anak termangu melihat kedua ayah dan ibunya. Memerhati sekeliling. Parents leka dengan gadget masing-masing sehinggala makanan sampai dan seterusnya. Remind diri sendiri jugak. Moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Biji Kopi

Kali ini saya nak review mengenai Restoran Biji Kopi yang berada di Bangi Getaway (hehe nampak sangat selalu pergi sini. Bukan apa sebab dekat sangat dengan rumah). Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Old Malaya Kopitiam. Kalau tak tahu boleh klik pada link di bawah :
http://sepasangkasutmerah.blogspot.com/2014/05/old-malaya-kopitiam.htmlKonsep dia sama dengan Old Malaya Kopitiam. Cuma restoran ini menghidangkan extra menu seperti ikan patin masak tempoyak, udang sambal petai. Nak cerita banyak pun payah, so apa kata tengok sahaja gambar di bawah
Simple sahaja, sehelai. Pilihan kopi pun banyak seperti coffee hazelnut latte, mocha, kopi 434 muar (dah macam trademark kopitiam yang ada di Bangi Gateaway ni akan menghidangkan kopi 434)
Ni dekat dinding lak.
Interior kopitiam. Simple and nice.
Pelbagai jenis kek cuma mahal sikit daripada Secret Recipe.
Saya order mee kari. Rasa?? Cukup sekadar cakap tidak mengecewakan. Pedas dan sedap.
Ni kopi 434. Minum untuk seorang. Banyak, sa…

Program Cuti Sekolah

Cuti sekolah bakal tiba. 3minggu tu. Teringat zaman sekolah dulu, pasti dah melonjak kegembiraan walaupun cikgu dah standby homework yang banyak giler. Siap mengamuk dan marah cikgu sebab memusnahkan impian untuk bersenang lenang di rumah. Buat yang tak tahu, cuti sekolah bermula 28-5-2014 sehingga 14-6-2014. Selalunya keluarga kami akan bawa kami pergi holiday selama seminggu. Maklumla kami adik beradik semua sekolah berbeza dan jauh, so ibubapa kami mengambil inisiatif untuk kami berkumpul. Cuti-cuti malaysia je. So macam-macamla kami adik beradik request. Pernah gak cuti sekolah, ayah hantar pergi kem yang dianjurkan pelbagai pihak. Seronok dapat jumpa kawan baru. Takpun favourite destinasi kami, Pulau Pangkor, Perak. Alasannya sebab dekat dengan kampung. So now my turn lak nak isi masa lapang anak-anak time cuti sekolah ni. Memang banyaklah pihak anjurkan pelbagai aktiviti seawal umur 4tahun. Salah satunya ialah yang ini..

Tertarik dengan package ni. So apa plan korang untuk cuti s…

Nota Pagi

Old Malaya Kopitiam

Weekend hari tu, petang lepak kat sini sebab tengok macam menarik. Lokasi dekat Kompleks Bangi Getaway. Dari PLUS exit bangi, nampak roundabout, masuk pukul 12, kena buat u-turn ye adik-adik.
Ni buku latihan sekolah ye adik-adik. Eh eh bukanla, ni menu dia. Old skool sesangat
Siap ade teacher recommendation lagi. Presentation yang menarik. 
Melted tengok gambar camni. Kat sini ade menu kopi muar yang terbaek tu tau. Tapi alangkah malangnye, time kami nak order dah habes. Uwaaa dahla saya ni penggemar kopi tegar.
Sini ade variety makanan yang leh pilih. Dari local sampaila western. Dari breakfast time until dinner. Pilih saje. Harga standard kopitiam yang lain.  Kami pilih western untuk kali ni. Nak tahu kami order apa? Meh tengok gambar
Chicken Golden Bleu. Biasa-biasa sahaja. Sebab ayam dia macam kering sikit dan funfries dia jenis frozen yang dibeli di pasaraya.
OMK Deluxe platter. Pun biasa-biasa jek. Acctually kecewa gak sebab apa yang diharapkan tak menjadi. But air 3 layer tea memang t…

Happy Mother's Day

Visit Malaysia 2014 - Penang | Pearl Of The Orient

Tadi main google airasia, manalah tahu dapat tiket murah. Padahal dalam kepala memang nak plan pergi holiday lagi. Ala-ala short trip gitu. Since kereta baru jek mileage 1287km (setakat semalam), dan encik suami pun hari tu cakap kereta saya tu sikit sangat mileage so nak bagi kereta tu exercise sikit. Huhu naseb ko la kereta. 
Kali ni travel guna kereta la jawabnya. Since last year dok usha Penang. Rasa macam dah lama sangat tak pi jejalan kat Penang. Anak pun dah besar, rasanya takde masalah untuk duduk berjam-jam di dalam kereta. 
Next destination, Pulau Pinang. Saya ni pulak jenis kalau nak gi memana mesti akan google. Tak kira la walaupun hanya ke kedai makan. Sebab suka baca review tentang tempat yang bakal dilawati. So saya google la hotel mana yang best dan yang paling penting affordable, tempat mana yang harus pergi (tskleh miss), restoran mana yang boleh menyebabkan perut ini berlagu gembira dan barang-barang unik untuk dilihat.
Google masuk laman web airasia Penang | Travel 3s…

Workingmom

Tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi inilah yang saya rasai. Bukan letih sebab kerja yang banyak (alah bisa, tegal biasa) tapi letih dengan kerenah manusia ni. Tapi mana ada manusia sama kan? Allah jadikan setiapnya berbeza-beza. So nak taknak kena la terima. Lagipun saya bukanla perfect sangat.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammin Bi Khair (oh Allah, make it easy for me & not make it difficult & end it with goodness. Ameen)
Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakil (Allah (alone) is sufficient for us, and He is the Best Disposer of affair (for us)).

Gangnam Station

Tetiba tekak teringin nak makan korean food. Wahh demam korea melanda ke? So terus suh encik suami drive ke Gangnam Station yang terletak di Laman Seri Business Park seksyen 13, shah alam. Bersebelahan dengan kolej PTPL. Kalau drive, nampak Warung Pak Dollah, restoran Gangnam ni terletak di belakang blok tersebut. Laman Seri ni kalau nak masuk kena bayar parking. So masuk je kedai, tv tayang citer Running Man. Lagu plak korea. Erm sesuai sangat. Tapi deco dia biasa-biasa. Tak nampak ke-korea-an sangat.

Gangnam Station menawarkan package mengikut bilangan orang, yang di atas ni untuk 3-4 orang. Kami ambil package 1-2orang hanyan RM51.00. Bagi saya murah sangat sebab side dish boleh refill dan free. Bukan 2 atau 3 side dish tapi 6 jenis side dish tau. Memang kenyang. Ada gak dia jual yang ala carte. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Ni la bulgogi yang terkenal tu. Memang sedap.

Nak makan makanan korea, kenalah jadi macam orang korea.

Nampak jek sikit nasi (sticky rice) tu, tapi memang …

Jalan-jalan Cari Makan Di Kuching

Sebenarnya banyak tempat makan menarik di Kuching. So kami select yang terbaik. Penat gakla merasa dan google tempat makan di Kuching. So di sini saya hanya paparkan yang terbaek untuk dinikmati. Kalau datang Sarawak, kalau tak merasa mee kolok memangla tak sah. Betulkan? Bagi saya mee kolok yang terbaik terdapat di Serapi Corner, batu 7, Kota Sentosa. *mee kolok (macam mee sup cuma kuahnya ada letak kicap, mee dia macam mee wantan)
Lagi satu makanan yang harus dinikmati ialah Laksa Sarawak. Laksa Sarawak yang terbaek saya vote ialah di Pak Amit Corner. Kedai ni terletak berhampiran Sekolah Petra Jaya. Berdekatan dengan Beemer Cafe Di Jalan Semarak.
Memang sedap. Harga cuma RM4.50 jek. Banyak pulak tu. Pekena lak dengan air teh 3layer. Fuhh nyaman. (Cuaca di Kuching memang panas time kami pergi)
Kalau nak rasa Ayam penyet yang sedap boleh pergi Barok Village Restaurant, di Kampung Boyan. Kalau dari Waterfront, leh naik bot tambang 50sen, berhenti di depan foodcourt, restoran di terletak d…