Biji Kopi

Kali ini saya nak review mengenai Restoran Biji Kopi yang berada di Bangi Getaway (hehe nampak sangat selalu pergi sini. Bukan apa sebab dekat sangat dengan rumah). Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Old Malaya Kopitiam. Kalau tak tahu boleh klik pada link di bawah :
http://sepasangkasutmerah.blogspot.com/2014/05/old-malaya-kopitiam.html

Konsep dia sama dengan Old Malaya Kopitiam. Cuma restoran ini menghidangkan extra menu seperti ikan patin masak tempoyak, udang sambal petai. Nak cerita banyak pun payah, so apa kata tengok sahaja gambar di bawah

Simple sahaja, sehelai. Pilihan kopi pun banyak seperti coffee hazelnut latte, mocha, kopi 434 muar (dah macam trademark kopitiam yang ada di Bangi Gateaway ni akan menghidangkan kopi 434)

Ni dekat dinding lak.

Interior kopitiam. Simple and nice.

Pelbagai jenis kek cuma mahal sikit daripada Secret Recipe.

Saya order mee kari. Rasa?? Cukup sekadar cakap tidak mengecewakan. Pedas dan sedap.

Ni kopi 434. Minum untuk seorang. Banyak, sampai boleh share 2 orang.

Lagi satu saya order spagethi bolognese untuk anak saya. Maaf tak sempat nak snap gambar sebab anak dah serbu dulu. Spagethi dia mengecewakan sikit, portion sikit dan kuantiti ayam di dalam kuah terlalu sikit tapi harga mahal, RM15. Macam tak berbaloi. Im learn my lesson, kalau pergi kopitiam jangan order western, order local food ok. Daripada 5 bintang, saya bagi 3 sebab mee curry dia sedap.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil