Burgerbyte by Zizan Razak

Kenal tak Zizan Razak? Konpem kenal kan. Tahu tak dia ada buka rangkaian restoran burger? So sesapa tak tahu, ya dia ada buka restoran yang diberi nama Burgerbyte. Kami pergi ni dekat Bangi, kompleks perniagaan bersebelahan Bangi Getaway iaitu di Seksyen 15. Waktu operasi dari pukul 5pm sampai 1am. Jangan datang waktu lunch lak tau.

Deco restoran simple sahaja. Masa kami sampai, ramai gak yang datang makan burger. Harap-harap dapat jumpa Zizan. LOL

Konsep restoran dia macam pergi makan kat McD. Order di kaunter, dan mereka akan bawa makanan di meja. Menu dia pelbagai jenis burger, spagethi, hotdog, hot plate burger (patty burger yang dimasak di dalam hot plate). Maaf tak dapat amek gambar menu dia sebab ramai yang beratur di belakang. Tak sampai 5minit, makanan pun sampai.

Ni spagethi bolognese, di atas spagethi tu ialah patti burger yang digrill. Memang kenyang makan ni. Rasa?? Sedikit kecewa sikit sebab macam tawar. Terlupa bubuh garam kut. Opss kena kurangkan garam.

Jalapeno burger. Dihidang sekali dengan kentang goreng. Burger memang sedap. Boleh order lagi.

Set makanan untuk anak-anak saya: nugget dan kentang goreng beserta sos mayo. 


Ni harga bagi hidangan di atas. Bagi saya harga dia oklah. Kalau nak pergi, ada alamat di atas resit. Dari 5 bintang, saya bagi 3.5. Sebab burger dia sedap. Tahniah Zizan.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil