Gangnam Station

Tetiba tekak teringin nak makan korean food. Wahh demam korea melanda ke? So terus suh encik suami drive ke Gangnam Station yang terletak di Laman Seri Business Park seksyen 13, shah alam. Bersebelahan dengan kolej PTPL. Kalau drive, nampak Warung Pak Dollah, restoran Gangnam ni terletak di belakang blok tersebut. Laman Seri ni kalau nak masuk kena bayar parking. So masuk je kedai, tv tayang citer Running Man. Lagu plak korea. Erm sesuai sangat. Tapi deco dia biasa-biasa. Tak nampak ke-korea-an sangat.


Gangnam Station menawarkan package mengikut bilangan orang, yang di atas ni untuk 3-4 orang. Kami ambil package 1-2orang hanyan RM51.00. Bagi saya murah sangat sebab side dish boleh refill dan free. Bukan 2 atau 3 side dish tapi 6 jenis side dish tau. Memang kenyang. Ada gak dia jual yang ala carte. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Ni la bulgogi yang terkenal tu. Memang sedap.

Nak makan makanan korea, kenalah jadi macam orang korea.


Nampak jek sikit nasi (sticky rice) tu, tapi memang kenyangla

6 side dish termasuk kimchi yang femes ames tu. Dont worry boleh refill free. Set ni bersekali dengan lemon tea.

Namanya Nakjibokuem @ sotong goreng pedas (pedas ala-ala korea, bukan pedas macam masakan negori sombilan ye). Sedap. Bila masuk dalam mulut jek, tetiba fefeeling dapat jumpa Kim Soo Hyun. Hahaa.. Portion memang banyak. Masakan ni termasuk dalam set tadi yang berharga RM51.Tak kedekut. Kiteorang syok jek meratah. Gambar bulgogi (termasuk dalam set) tak ambil lak. Banyak kan. Harga cuma RM51 jek memang berbaloi. Portion untuk main menu memang banyak. So tak rugi. Dari segi rasa, ok. Maybe sebab saya baru 1st time rasa masakan korea, so takleh nak komen apa-apa. Sesapa nak rasa masakan korea or bbq ala korea leh datang ke restoran dengan harga yang patut. Jal Meokkesseumnida (Selamat Menjamu Selera).

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil