Nasi Ayam Gemas Presint 15, Putrajaya


Restoran ni terletak di komplek perniagaan presint 15, bersebelahan dengan farmasi cosway dan berhadapan dengan Restoran Tomyam Kung yang famous tu. Restoran hanya menjual nasi ayam sebagai menu tunggal mereka. Memang sedap dan terbaik. Bagi saya, nasi ayam yang dimasak itu memang lain dari yang lain. Sedap. Kebetulan hari tu nak pi makan kat umah mak mertua. Dia suh beli lauk je. So apalagi, beli ayam dari restoran ni memang berbaloi. Untuk seekor ayam, dia charge RM40. Disebabkan tak ramai orang di rumah, so kami beli separuh je, RM20. Siap bagi sos kicap, sos cili dan kuah sup. 

                

Ni rupa ayam yang menyelerakan dan menggoda itu. Maaf tak dapat den nak tunjukkan nasinya yang sedap itu. Tanya tokey apa rahsia nasi dia yang sedap tu, huhu tokey tak kasi bagitahu sebab resipi rahsia turun temurun. Nak menangis sebab gagal dalam misi mendapatkan resipinya.


rugi tak beli nasi sekali sebab mak mertua dah siap masak nasi di rumah. Kalau ada rezeki, nanti saya upload gambar nasi dia ye.


   

Ni kuah sup dia yang boleh jadi addicted bila merasanya. Rasa macam nak hirup dari mangkuk je. Tak jernih macam sesetengah kedai yang jual nasi ayam. Sup memang sedap bila dihirup panas-panas. Lain daripada yang lain. 

                                     

Lagi satu yang menariknya ialah sos cili dia. Bukan sos biasa tau, tapi homemade. Set lengkap nasi ayam gemas ni memang terbaek. Kalau sesapa nak pergi waktu weekday, better pergi awal sebab walaupun restoran ini dibuka sepanjang hari, selalunya waktu lunch konpem dah habes makanannya sebab ramai yang datang. Kalau tak silap saya, satu lagi cawangan restoran ini terletak di Bandar Baru Nilai. Restoran ni, saya bagi 4.5  dari 5bintang. Yeayy memang sedap dan disyorkan untuk mencuba.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil