Old Malaya Kopitiam

Weekend hari tu, petang lepak kat sini sebab tengok macam menarik. Lokasi dekat Kompleks Bangi Getaway. Dari PLUS exit bangi, nampak roundabout, masuk pukul 12, kena buat u-turn ye adik-adik.

Ni buku latihan sekolah ye adik-adik. Eh eh bukanla, ni menu dia. Old skool sesangat

Siap ade teacher recommendation lagi. Presentation yang menarik. 

Melted tengok gambar camni. Kat sini ade menu kopi muar yang terbaek tu tau. Tapi alangkah malangnye, time kami nak order dah habes. Uwaaa dahla saya ni penggemar kopi tegar.

Sini ade variety makanan yang leh pilih. Dari local sampaila western. Dari breakfast time until dinner. Pilih saje. Harga standard kopitiam yang lain.
 Kami pilih western untuk kali ni. Nak tahu kami order apa? Meh tengok gambar

Chicken Golden Bleu. Biasa-biasa sahaja. Sebab ayam dia macam kering sikit dan funfries dia jenis frozen yang dibeli di pasaraya.

OMK Deluxe platter. Pun biasa-biasa jek. Acctually kecewa gak sebab apa yang diharapkan tak menjadi. But air 3 layer tea memang terbaek. Sedap. (Macam biasa bila anak-anak berebut air, ibu lupa nak amek gambar)

Suami cakap we should try yang local, sebab most yang datang sini order local food. So maknanya encik suami nak datang lagi la jawabnye tu. Ok till next entry, wish you all Happy Day. Daa

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil