Skip to main content

Sayu Hati Ibu


Hari ini hantar anak pergi sekolah macam biasa. Pukul 6pagi dah terpacak dia dan adik dia depan sekolah. Entah kali ni rasa sayu melihat wajah mereka. Gelap lagi. Kawan-kawan yang lain pun tak ada lagi. Kelas bermula pukul 800pagi. Alahai anak, maafkan ibu. Mereka seakan memahami ibu yang terpaksa pergi kerja. Perlahan-lahan masuk dan duduk bersila di hamparan permaidani sekolah. 

"Ibu, nak kiss?" Abangnya akan selalu meminta. Saya akan cium dahi dia.
"Petang nanti ibu datang ambil ye".

Ibu mengharapkan ihsan dari pihak sekolah yang memahami ibu yang kerja dan travel jauh setiap hari. Saya bernasib baik pihak sekolah memahami situasi saya dan sanggup bukakan pagar sekolah seawal pukul 6pagi semata-mata anak saya tanpa sebarang extra charges. Saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Ye anak saya seawal 530pagi dah siap mandi dan minum susu. 6pagi sudah sampai di sekolah. Sampaikan anak sulung saya tu ingat kalau pergi sekolah, hari kena gelap. Kalau dah nampak matahari bermakna hari itu adalah hari cuti.
Maafkan ibu ye sayang. Ibu niatkan lagi 2tahun, ibu akan jadi berhenti kerja dan menjaga kamu semua. Siapkan makanan untuk dibekalkan di sekolah seperti yang selalu kamu minta. Doakan ibu ye sayang. 

(p/s :  semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda semua.)

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…