Skip to main content

Visit Malaysia 2014 - Penang | Pearl Of The Orient


Tadi main google airasia, manalah tahu dapat tiket murah. Padahal dalam kepala memang nak plan pergi holiday lagi. Ala-ala short trip gitu. Since kereta baru jek mileage 1287km (setakat semalam), dan encik suami pun hari tu cakap kereta saya tu sikit sangat mileage so nak bagi kereta tu exercise sikit. Huhu naseb ko la kereta. 

Kali ni travel guna kereta la jawabnya. Since last year dok usha Penang. Rasa macam dah lama sangat tak pi jejalan kat Penang. Anak pun dah besar, rasanya takde masalah untuk duduk berjam-jam di dalam kereta. 

Next destination, Pulau Pinang. Saya ni pulak jenis kalau nak gi memana mesti akan google. Tak kira la walaupun hanya ke kedai makan. Sebab suka baca review tentang tempat yang bakal dilawati. So saya google la hotel mana yang best dan yang paling penting affordable, tempat mana yang harus pergi (tskleh miss), restoran mana yang boleh menyebabkan perut ini berlagu gembira dan barang-barang unik untuk dilihat.

Google masuk laman web airasia Penang | Travel 3sixty. 
Di antara tempat-tempat yang harus dilawati : 

■ Georgetown (armerian street, Acheh street), street artwork oleh Ernest Zacharevic.
■ Batu Ferringhi (of course sebab pantai dan paling best terkenal dengan night market)
■ Kek Lok Si Temple
■ Penang Hill (kalau pergi Penang, tak pi Bukit Bendera maknanya macam tak sempurna melancong gitu)
■ Cheong Fatt Tze Mansion (kalau nak tahu tempat ni dianugerahkan di antara 10 Greatest Mansion In The World oleh Lonely Planet)
■ Penang Bitonical Garden
■ Suffolk House ( dulu menjadi kediaman Sir Francis Light)
■ Penang Butterfly Farm
■ Escape Park
■ Last but not least Jalan-jalan cari makan di Penang. Nasi Kandar, Char kiey Teow dan banyak lagi. Mesti korang pernah dengar kan tempat-tempat makan yang best dan unik.

Bila google dan tahu mana nak tuju rasa tak sabar lak nak pergi. Kalau sesapa tak tahu Pulau Pianag ni adalah tapak warisan UNESCO tau (World Heritage Site gitu). Lagi pun sesaje nak tengok Jambatan kedua Penang yang baru siap tu. Bila nak pergi? Soon. Ameen

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…